Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Saturday, June 18, 2011

Musykil TentanG pakai CelaK di Luar ruMah =.=




assalamualaikum..

alhamdulillah.. sedikit masa terluang, ingin saya menulis disini tentang satu kemusykilan.. iaitu tentang pemakaian celak.. 'di luar rumah'.. kalau dalam rumah tu memang tidak bermasaalah kan...

namun yang menjadi musykil, ialah apabila perempuan bercelak di luar rumah. ini pasal celak, bukan eyeshadow ya!

musykil itu datang apabila seseorang telah mempersoalkan 'kenapa saya pakai celak..'. ketika saya dipersoalkan dengan begitu serius, saya hanya dua jawapan ringkas tanpa hujah.. pastilah saya tidak akan berhujah jika tidak tahu.. jawapan saya ialah, pertama kerana sunnah, kedua pula kerana suami saya suka lihat saya pakai celak ketika keluar rumah..

mendengar jawapan saya yang mungkin tidak mempunyai hujah yang kuat dipendengaran si dia, maka dia pun menghentam saya dengan pelbagai hujah, namun tiada nas. apapun, hujah beliau masih bernas, dan boleh dipertimbangkan.. kebiasaan dalam memberi pandangan ialah adanya khilaf, jadi tidak perlu 'bertengkar' dan rasa diri betul. ketika mendengan hujah beliau, saya hanya diam.. kerana saya tidak memiliki hujah yang lebih baik dari dia ketika itu..

katanya, tak boleh pakai celak diluar rumah walaupun ia sunnah. ia hanya sunnah untuk lelaki. dan perempuan hanya sunnah pakai dalam rumah. dan tak boleh pakai di luar rumah walaupun suami yang suruh. kerana, kalau ada lelaki ajnabi memuji dan 'terpikat' dengan mata kita, maka akan timbul dosa, dan suami juga dapat saham dosa...

mantap juga hujah dia..

di bawah ini saya share sedikit penjelasan tentang pemakaian celak diluar rumah..


Firman Allah dalam Surah Annur ayat 31:-


31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Dalam membincangkan maksudnya “ Kecuali yang zahir daripadanya” Imam Al_qurtubi dalam tafsirnya berkata:
“Allah s.w.t memerintahkan kaum wanita supaya tidak memperlihatkan (menzahirkan) perhiasan mereka kepada kaum lelaki kecuali yang dikecualikan oleh ayat tersebut sebagai langkah mengelak fitnah. Dalam membicarakan maksud perhiasan zahir, Para ulama’ mempunyai beberapa pandangan antaranya:-

1) Ibn Mas’ud – Perhiasan zahir ialah pakaian
2) Said Bin Jubair, Ata’ dan Al-Auzaie – Muka, Dua Tapak Tangan dan Pakaian.
3) Ibn Abbas, Qatadah dan Musawwar Bin Mukhrimah – Celak Mata, gelang tangan, inai hingga setengah hasta, anting-anting dan cincin. (Petikan Fatwa Semasa: Dr Yusof Qardawi – Jilid 1)

Adakah harus memakai celak mata?

Harus berdasarkan hadith-hadith berikut:-

1) Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata”
2) Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”.
3) Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:
Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.

Dapat difahami dari hadith-hadith di atas Harus menggunakan celak mata baik kaum lelaki dan wanita.
Petikan dari kitab:
المفصل فى أحكام المراة والبيت المسلم في الشريعة الاسلامية. Karangan Dr Abd Karim Zaidan Jilid 3 (2607).

Ringkasnya:-

Harus bagi wanita muslimah memakai celak mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk dalam perhiasan zahir yang diharuskan penggunaannya. Bahkan di sana terdapat hadith-hadith yang mengharuskan kaum lelaki dan wanita memakai celak mata ketika melakukan ibadat ihram kecuali celak mata berwarna sahaja dimakruhkan ketika ihram.

والله أعلم بالصواب


Majlis Ulama Isma

hanya Allah yang Maha Mengetahui kebenaran. namun, sebagai hamba apa yang patut kita lakukan adalah menjaga akhlak sama ada di dalam mahupun diluar rumah. seperti contohnya memakai celak di luar rumah, biarpun ia diharuskan, namun tidak sepatutnya dipakai secara berlebihan hingga kelihatan terlalu menonjol dan menarik dengan pelbagai warna pula.. sebaiknya pakailah secara sederhana sekadar nampak segar..


3 KalimaH Bermakna:

ana Delisha on June 22, 2011 4:04 PM said...

salam tuan belog :)

saya lebih berpegang dengan hujah harus. kebaikannya juga banyak. asalkan jangan tabarruj sudahlah kan. sahabat enti mungkin berpegang pada pandangan hujah ulamak lain. Allahua'lam.

~UmmU SoLehah~ on June 23, 2011 7:42 AM said...

sy dpt tahu dia wahabi.. tp hanya Allah yg tahu kbenaran. kita pun xleh ckp dia salah, sbb dia ada alasan t'sendiri. =.=

Aisyah Omran on January 31, 2012 12:34 PM said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template