Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Saturday, May 14, 2011

tentang kehidupan~



Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah... segala puji bagi Allah s.w.t yang sentiasa memberi pelbagai nikmat dan limpahan rahmat-Nya.

Setelah lama blog menyepi. Tanpa entry baru. Pasti tetamu bosan datang ke blog saya ^_^. Sebenarnya saya memberi ruang kepada kalian semua untuk membaca entry2 yang lepas.. semoga mendapat manfaat dari blog yang dhaif dan tak seberapa ini. saya hanyalah insan lemah, hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan, dan hanya sedikit kelebihan.. kerana, pemilik segala kesempurnaan dan keistimewaan itu hanya Allah.. bukan saya, dia atau kamu...

4/4/2011.. ayah mertua saya telah meninggal dunia.. kebetulan saya cuti study week. Tentang arwah ayah mertua saya, dia sangat baik orangnya. Sangat penyayang. Alhamdulillah, Allah selalu memberi orang-orang baik untuk berada di sekeliling saya. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang soleh di sana..

11/4/2011.. saya menduduki final exam di UKM. Ada 4 subjek. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat study dan mengulangkaji semasa study week, namun Allah telah mempermudahkan untuk saya menjawab soalan peperiksaan. Sedikit sibuk semasa study week, kerana study week telah berganti dengan minggu untuk beramal.. sebagai menantu yang duduk bersama mertua, maka banyak perkara juga perlu ditolong bantu semasa minggu pertama setelah pemergian arwah ayah mertua saya. Tidak sanggup rasanya membiarkan ibu mertua yang telah tua membuat kerja2. Maka saya mengambil keputusan untuk menyumbang sedikit kudrat yang tak seberapa ini. Ada sedikit masa, saya akan mengambil kesempatan untuk membaca buku. Namun, hanya seminit dua, selepas itu saya terlelap dan mimpi yang indah2, mungkin kerana kepenatan. Walaubagaimanapun, keajaiban telah berlaku semasa exm. Walaupun saya tidak sempat untuk study, Allah telah membantu saya untuk ingat beberapa fakta yang pernah diajar oleh pensyarah semasa di dalam kelas, dan beberapa fakta yang sempat saya baca sekilas.. maka, itulah pentingnya perhatian dalam kelas, Keikhlasan, doa dan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik. Kerana Allah tidak akan membiarkan hambanya kesusahan, jika hamba mengingati Allah ketika senang.. ingatlah Allah ketika senang dan bahagia, pasti Allah akan ingat kita ketika susah dan sedih.. Allahuakhbar!

25/4/2011..Syukur, saya telahpun menamatkan pengajian di UKM. Alhamdulillah. Setelah 4 tahun memerah otak dan keringat di perbukitan ilmu itu, akhirnya saya telah Berjaya menempuhi pahit maung hidup sebagai seorang pelajar. Terlalu banyak mutiara ilmu yang telah dikutip, hasil didikan para pendidik di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Pengajian islam, UKM. Syukran buat kalian, semoga Allah membalas dengan balasan terbaik atas limpahan ilmu yang telah kalian curahkan. Akan saya tanamkan ilmu-ilmu yang berharga itu dalam segenap kehidupan saya, sebagai bekalan untuk membina kejayaan didunia dan akhirat. InsyaAllah.
Bagi teman-teman seperjuangan, kisah jatuh dan bangun bersama dalam menuntut iilmu di UKM akan menjadi antara sejarah hidup yang besar dan bermakna dalam hidup saya. Teman-teman adalah sahabat yang terbaik dipinjamkan oleh Allah s.w.t kepada saya, lantaran kelemahan saya, Allah telah pinjamkan saya teman-teman yang hebat.. sahabatku, yana, izan, tiqah, fatin, oshin dan semua xstudent Program Pendidikan Islam dan Al-Quran, Fakulti Pendidikan, UKM sesi 2007-2011. Kalian terbaik. Semoga perpisahan antara kita ini adalah perpisahan terbaik, agar dihantar ke seluruh pelusuk dunia untuk menjadi pendidik yang baik. Moga saya dan kalian dapat membina kehidupan yang diredhai Allah s.w.t.. tarbiyahlah generasi kita untuk mengenal dan mencintai Allah dengan sebenar-benarnya, jika itu yang kita lakukan, pasti mudah untuk kita mendidik mereka tentang dunia dan akhirat, agar mereka tahu, bahawa akhirat itulah tujuan utama kita..

29/4/2011.. kami pindah rumah. Alhamdulillah, sekarang telah pindah rumah. Sebelum ni tinggal di rumah mertua. Bila sudah habis belajar, bolehlah pindah. Bermulalah kisah hidup saya sebagai isteri sepenuh masa dan suri rumah sepenuh masa. ^_^. Setakat ini, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah.. saya rasa bahagia berkhidmat untuk suami tercinta. Menguruskan rumah tangga tidaklah begitu sukar, mungkin juga kerana tiada cahaya mata, maka rumah tidak berantakan berikutan tiada ‘tukang sepah’ lagi.. apapun, anak-anak sepatutnya dididik untuk menjaga kekemasan dan kebersihan sedari kecil lagi, melentur buluh biar dari rebungnya.. saya juga mempergunakan peluang ini untuk menambahkan kemahiran-kemahiran diri yang masih kurang, contohnya memasak dan menjahit.. itulah perempuan, belajar tinggi mana pun, ada Phd sekalipun, akhirnya pasti duduk di ceruk dapur juga. Maka, perempuan-perempuan perlu bersedia..
Setakat ini dulu... insyaAllah ..

0 KalimaH Bermakna:

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template