Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Tuesday, March 8, 2011

tiPs Bahagia. PiLihLaH GadiS SoleHaH untuK diJadiKaN isteri ^_^


Assalamualaikum..


Empat punca kebahagiaan bagi lelaki, seperti yang pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah :

Isteri yang baik.

Rumah yang baik.

Kenderaan yang baik.

Jiran yang baik.

Keempat-empat perkara itu adalah perkara yang utama dalam kehidupan seseorang. Segala-galanya bermula dengan rumah, luar rumah kemudian keluar dari rumah. Keempat-empat perkara ini juga melambangkan seseorang itu memperoleh kebahagiaan yang lain. Misalnya isteri yang baik ialah isteri yang solehah yang melahirkan anak-anak yang baik.

Rumah dan kenderaan yang baik, menandakan seseorang itu berpendapatan baik. jiran yang baik menandakan pergaulan dan kehidupan dalam masyarakat itu baik dan aman.

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w mengatakan ‘Isteri yang solehah’ tidak disebut ‘suami yang soleh’?. Apakah kata-kata Nabi s.a.w menunjukkan kebahagiaan rumah tangga hanya untuk suami sahaja?. Bagaimana wanita?. Apakah tanda-tanda kebahagiaan mereka?.

Bagi menjawab persoalan ini :

Pertama : Nabi Muhammad s.a.w ketika itu bercakap di hadapan para sahabat beliau yang rata-rata lelaki. Muhammad s.a.w menggunakan kata isteri bagi merujuk kepada kebahagiaan para sahabat Baginda, merupakan para suami.

Kedua : kerana lelaki wajar membuat pilihan yang tepat bakal isterinya. Criteria isteri pilihan bukan cantik, berpangkat, berdarjat dan sebagainya, tetapi solehah. Kerana solehah itulah yang membawa kebahagiaan.

Ketiga : Nabi s.a.w menyebut ‘isteri yang solehah’ apabila orang yang bahagia itu lelaki. Tetapi bagi perempuan tentulah bahagia itu dating dari suami yang soleh.

Apakah maksud solehah?. Apakah isteri solehah bermakna seorang wanita robot?. Tunduk dan patuh setiap masa tanpa bicara ap-apa. Diam membisu. Jawapannya tidak. Solehah bermaksud, baik dan tertib. Baik kepada suami, anak-anak, tahu tanggungjawab sebagai isteri dirumah, menghargai suami dan anak-anak, tahu menjaga maruah suami dan diri sendiri, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah s.w.t. itulah Solehah. Maka suami menjadi tenang dan damai. Si isteri juga tenang kerana suaminya tenang.

Tanda kebahagiaan kedua ialah rumah yang baik. rumah yang baik ialah rumah yang bersih, kemas, selesa dan cantik. Siapa yang mencantikkan rumah itu.jawapannya ialah penghuni rumah, sama ada isteri, suami dan anak-anak. Cuma umumnya si isteri lah yang mengambil peranan ini.

Ramai isteri yang pandai menghias rumah mereka. Daripada hiasan bunga-bungaan, dari langsir tingkap hingga kerusi meja, isteri menggunkan kebolehan mereka untuk itu. Sebab itu, tetamu yang masuk ke rumah sering membuat tanggapan tabiat seorang istei dengan melihat kekemasan rumah di ruang tamu rumah tersebut. Apabila berselerak, tidak terurus dan muram sahaja, maka yang dipersalahkan adalah isteri kerana dikatakan tidak pandai mengemas rumah.

Dalam keghairahan kita mengemas dan mencantikkan rumah adalah wajar kita mencari hiasan-hiasan yang melambangkan ciri rumah orang Islam. Kita boleh menggantung hiasan rumah berlatarkan pemandangan, ayat suci al-Quran dan ukiran bunga-bungaan. Selain menghidupkan suasana rumah ia juga menimbulkan keberkatan. Rumah yang cantik, kemas dan berhiaskan ayat-ayat suci al-Quran menandakan penghuni rumah itu juga adalah seorang yang suka kepada agama.

Kesimpulannya, kebahagiaan wujud dengan adanya isteri yang solehah ataupun suami yang soleh. Ia bertambah seri apabila mempunyai rumah yang cantik, kemas dan dihiasi pula dengan ayat-ayat al-quran. Lalu berusaha mendapatkan kenderaan sekadar yang mampu dan tidak membazir. Disamping jiran kita juga jiran yang baik. Bahagialah semua orang.^_^

Sumber : Cerita-Cerita motiVasi Untuk Jiwa, oleh Shukri Ahmad, Wan Ab Rahman Khudzri bin Wan Abdullah.

4 KalimaH Bermakna:

Wardah Faqihah on March 8, 2011 2:15 PM said...

like.....(^_^)

PReDicToR on March 8, 2011 8:16 PM said...

tersentuhku mmbacanya siah....moga kbahagiaan akan sentiasa menghiasi hidup kite....=)

~UmmU SoLehah~ on March 8, 2011 9:23 PM said...

amin ^_^

Rumah Dijual on March 24, 2011 4:10 PM said...

Semoga kita bisa melaksanakan sunnah rosul sehingga kita bisa menyempurnakan iman kita

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template