Assalamualaikum w.b.t
syukur alhamdulillah. pagi yang tenang, telah mendorong saya untuk mencoret sesuatu disini. di luar kedengaran bunyi hujan renyai, alhamdulillah.. itu rahmat dari Allah di waktu pagi, siraman Kasih pada bumi yang kering dan juga buat ingatan pada hati-hati yang sedang runsing.. bahawa Allah Maha Pemberi, Maha Pemurah, Dia memberi apa yang kita tidak minta kerana Kasih-Nya.. Allahuakhbar!

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Surah An-Nisa : 18
Semoga Pagi ini kita telah memperbaharui taubat, dengan niat untuk membersihkan diri, dan kembali kepada Allah. mengharap petunjuk dan hidayah daripada-Nya. setiap hari perlu bertaubat. kerana kita hamba yang hina ini selalu tidak sedar telah melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. janganlah kita menunggu saat hampir kematian baru ingin bertaubat.. sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, maka manfaatkanlah sifat kesempurnaan Allah yang Maha Besar ini untuk kita sentiasa memperbaharui iman tanpa menunggu saat-saat Nazak menuju kematian..





0 KalimaH Bermakna:
Post a Comment