Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Tuesday, March 8, 2011

Sukar menCari lelaki TidaK DAYUS!




Tulisan ini akan memfokuskan kepada isu siapakah itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w, Sabda Baginda s.a.w :

“Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki yang dayus.”

{riwayat Ahmad dan al-Nasa’i}

Imam al-‘Aini berkata : “Cemburu lawannya dayus.”

Berkata pula al-Nuhas :

“Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

“Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

Imam al-Zahabi menerangkan lagi perihal dayus dengan katanya :

“Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya (ahli keluarga) dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat”

Sememangnya amatlah beruntung bagi suami yang mendapat isteri yang solehah dan malangnya bagi mereka yang sebaliknya. Ini kerana tidak mudah untuk memperoleh isteri solehah pada zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak bersifat dayus.

Bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke lembah kedayusan. Ini kerana, tanpa sebarang campur tangan dan nasihat daripada sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Secara mudahnya, mari kita lihat betapa ramainya lelaki menjadi dayus apabila :

  1. membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.
  2. membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya semasa dia bekerja.
  3. membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) semasa menaiki apa jua kenderaan.
  4. membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya di luar rumah.
  5. membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan bukan mahramnya di rumah. Kononnya ibu bapa mereka sporting dan memahami.
  6. menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.
  7. membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. membiarkan isteri ataau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki itu akan hilang ? tidak sekali-kali !
  9. membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (memakai tudung tapi seperti telanjang dengan baju yang ketat dan tipis).
  10. membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya daripada lemas dan seumpamanya.
  11. membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki bukan dengan keadaan terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  12. membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  13. membiarkan isteri menumpangi teman lelaki sepejabat tanpa sebarang perasaan cemburu.
  14. membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu tanpa sebarang pemerhatian.

Sumber : Untukmu Umat, oleh : Zaharuddin Abdul Rahman

0 KalimaH Bermakna:

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template