
Bilal bin Rabah dan ibunya, Hamamah adalah hamba berbangsa Habsyi. Dia adalah tujuh orang pertama mengisytiharkan keislaman secara terang-terangan.
Tuannya, Umayyah bin Khalaf sangat marah. Bilal diseksa. Dia diheret ke tengah
“Kamu betul-betul menyusahkan”, Marah tuannya.
Bilal tetap mempertahankan keimanannya. Berita penyeksaan Bilal dan ibunya tersebar luas di kalangan kaum Muslimin. Abu Bakar dating menawarkan harga yang tinggi bagi menebus sahabatnya, Bilal sehinggakan Umayyah berasa rugi sekiranya menolak.
“Mengapa saya perlu kehilangan dengan kerugian? Lebih baik mendapat keuntungan.” Fakir Umayyah.
Selepas membayar, Abu Bakar berlari mendapatkan Bilal. Batu besar yang dihempap atas dadanya dialihkan. Bilal tersenyum lebar menyambut kedatangan Abu Bakar yang dating membebaskannya. “Saya kini menjadi hamba tuan.” Kata Bilal kepada Abu Bakar.
Abu Bakar meletakkan tangannya ke bahu Bilal. “Saya memerdekakan kamu.”
Ibu Bilal turut bebas dab dimerdekakan oleh Abu Bakar. Bermulalah episode baru dalam hidup Bilal sebagai seorang yang merdeka. Dia menggabungkan diri dalam setiap peperangan bersama nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat lain. Semasa peperangan pertama iaitu perang Badar, Bilal berjaya membunuh bekas tuannya, Umayyah bin Khalaf.
Bilal adalah juru azan pertama yang dilantik oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan dia adalah juru azan terulung di dalam sejarah Islam.
Semasa Bilal bersedia untuk hidup berumah tangga, dia mendatangi Kabilah Kaulan bagi meminang salah seorang anak gadis mereka, ditemani oleh Abu Ruwaihah.
Bilal berucap :
“Dahulu kami kafir, kemudian Allah memberi kami petunjuk. Dahulu kami adalah golongan hamba kemudian Allah memerdekakan kami. Dahulu kami adalah orang miskin kemudian Allah memeberi kekayaan kepada kami.”
Kabilah Kaulan mendengar dengan teliti ucapan Bilal yang indah itu dan penuh beradab itu.
“sekiranya pinangan saya diterima, saya ucapkan alhamdulillah. Sekiranya pinangan saya ditolak, saya ucapkan La Hawlawala Quwwata Illa Billah.”
Pinangan Bilal diterima, lalu berlangsung sebuah perkahwinan yang cukup bersejarah.





0 KalimaH Bermakna:
Post a Comment