
Diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam Kitab Nikah bahawa Asyah r.ha berkata, ‘pernikahan pada zaman jahiliyah itu ada empat keadaan :
Pertama : perkahwinan sebagaimana yang dilakukan manusia sekarang, iaitu seorang lelaki dating kepada lelaki lain untuk meminang anak wanita dalam kewaliannya atau anak wanitanya, lantas dia menyetujuinya, kemudian dinikahkan dengan wanita tersebut. Nikah seperti ini disebut ihshan’ .
Kedua : seorang lelaki berkata kepada isterinya ketika dalam keadaan suci dan tidak dicampurinya, ‘Pergilah kepada si Fulan, dan minta dicampuri olehnya’. Si suami itu menjauhi isterinya tersebut dan tidak mencampurinya sehingga nyata-nyata hamil dari lelaki yang diminta untuk mencampurinya itu. Apabila sudah jelas hamil, barulah suami mencampurinya bila menghendaki. Hal itu dilakukan kerana ingin mendapatkan keturunan dari lelaki yang menghamilinya itu. Maka, nikah seperti ini disebut nikah istibdha’.
Ketiga : sejumlah lelaki di bawah sepuluh orang berhimpun untuk mengadakan hubungan seksual dengan seorang wanita, masing-masing melakukannya. Apabila wanita itu mengandung dan melahirkan anak, maka beberapa hari setelah melahirkan itu ia mengirim utusan untuk memanggil para lelaki yang telah mencampurinya itu dan tidak seorang pun yang menolak panggilannya. Setelah mereka berkumpul disisinya, dia berkata kepada mereka, ‘Kalian sudah mengetahui apa yang kalian lakukan terhadap diriku dan sekarang aku telah melahirkan, maka anak ini adalah anakmu, wahai Fulan !’ Lalu disebutnya nama lelaki yang disukainya, kemudian anak itu dinisbatkan kepadanya dan lelaki itu tidak dapat menolaknya.
Keempat : banyak lelaki yang berhimpun untuk mengadakan hubungan seksual dengan seorang wanita dan wanita itu tidak menolak kedatangan mereka. Wanita-wanita itu adalah pelacur. Mereka memasang bendera di depan pintunya sebagai tanda. Barangsiapa yang menghendaki dapat saja berhubungan dengannya. Apabila salah seorang dari pelacur-pelacur itu mengandung dan melahirkan anaknya, para lelaki itu dikumpulkan kepadanya dan dicarilah orang yang mirip rupanya degan anak itu. Lalu anak itu dinisbatkan kepadanya, dan dia tidak dapat menolak hal itu.’
Sumber : Tafsir Fi Zhilalil Quran Edisi Istimewa JiLid 4, oleh Sayyid Qutb





0 KalimaH Bermakna:
Post a Comment