
Assalamulaikum..
Ini Cerita seoranG Suami. Agak ‘best’.. renungan buat para suami yang masih tak faham2 isterinya ^_^
Sejak di Bangku sekolah, saya selalu tertanya-tanya, apa relevan dan munasabahnya peribahasa orang tua-tua kita, sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Bagi saya, kalau sayang, mengapa pula mesti ditinggalkan. Kalau sayang mestilah selalu duduk dekat2. kalau tak sayang barulah jauh-jauhan.
Saya bangun untuk menulis isu ini ketika tak lena tidur malam. Sudah dua hari isteri saya pergi out station atas urusan kerja.
Sepeninggalannya barulah saya berasa hidup sendirian setelah berkeluarga benar-benar suah.
Kalau dulu, hampir semua semua kerja rumah, kepada dia saya serah.
Selalu juga apabila anak kecil menangis tengah malam minta susu, saya pura-pura tidur mati. Tapi dalam dua tiga hari ini, mahu tak mahu, terpaksalah saya bangun buat sediri.
Kalau dulu, balik kerja, ada saja yang saya berasa tak kena apabila melihat isteri tarik muka kepenatan. Sekarang, wajah itulah yang paling saya rindukan !!
Kalau dulu, ada ketika saya mudah sangat berasa jauh hati. Saja nak mengada-ngada sebenarnya sedangkan kesilapan yang dilakukan isteri amatlah kecil, tapi apabila dia tiada di sisi, saya sungguh merasa sunyi.
Kalau dulu balik saja kerumah, semuanya sudah siap tersedia di atas meja, walhal isteri saya juga bekerja. Tapi dalam kelam kabut pulang dari tempat kerja, masih sempat juga dia siapkan makan malam.
Dan kalau juga tak berkesempatan, dia juga yang singgah di mana-mana beli lauk-lauk yang sudah siap. Saya hanya tahu pulang dan perabihkan !!
Sekarang, apabila tinggal hanya saya dan anak-anak, barulah saya sedar bahawa membuat itu semua bukanlah kerja yang mudah ! payah bahkan teramat payah !
Kalau dulu, paling tidak dua hari sekali, pulang dari kerja dan sambil-sambil memasak, isteri saya masih sempat mencuci baju. Sekarang ini, kain baju saya biar bertimbun dan sedia untuk melakukannya hanya pada waktu cuti hujung minggu.
Kalau dulu, dalam kelam kabut dia bersiap nak keluar ke tempat kerja, masih sempat dia mengisi ruang waktu yang suntuk untuk mengemas tempat tidur dan menyiapkan bekalan anak, saya pula- begitu saya tinggalkan waktu pagi, begitulah juga apabila saya kembali pada malam hari. Mungkin untuk saya, putaran jam atau bumi lebih laju berbanding isteri.
Bahkan pada hari pertama dulu, saya berasa keadaannya begitu tergesa-gesa hingga tidak sedar sarung pelikat cap gajah yang saya pakai untuk solat subuh, saya tinggalkan berlingkar di tengah-tengah rumah macam ular sawa kenyang. Setelah pulang petang, barulah saya terperasan!
Itulah! Keadaan memang benar-benar berubah apabila isteri tiada di rumah.
Segala-galanya buat saya jadi serba salah. Setelah beristeri dan tiba-tiba tinggal seorang diri untuk mengurus diri dan anak-anak memang tak mudah. Ia jauh beza dengan ketika hidup bujangan dulu.
Hari ini setelah masuk tahun ke-12 berumah tangga, barulah saya dapat rasa relevannya peribahasa orang-orang tua kita .
Rupanya dengan berjauhan, barulah kita mengenal erti rindu-rinduan, sayang-sayangan dan susah payahan. Itupun isteri saya bukan pergi lama, empat hari saja…^^





1 KalimaH Bermakna:
minta izin copy yea kak...
Post a Comment