Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Wednesday, March 16, 2011

mengingatkan tanpa menyinggung~




Hasan dan Husin adalah cucu kesayangan Rasulullah saw. Mereka memiliki akhlak yang sangat mulia. Diantaranya, mereka amat menghormati orang yang lebih tua.

Suatu ketika, Hasan dan Husin melihat seorang lelaki tua sedang berwudu. Namun, cara berwudunya banyak yang salah. Bahkan, cara solatnya pun tidak sempurna. Melihat situasi itu, Hasan dan Husin berniat untuk menegur dan mengingatkan lelaki tua itu tentang kesilapannya. Namun, mereka merasa takut jika lelaki tua itu tersinggung.

Hasan dan Husin lalu berfikir. Tidak lama kemudian, kedua-duanya berpura-pura bertengkar dan meminta lelaki tua itu memutuskan siapa yang paling benar di antara keduanya tentang cara berwudhu dan solat mereka.

Lelaki tua itu terkejut ketika menyaksikan pertengkaran Hasan dan Husin. Dia tersedar bahawa sebenarnya dialah yang keliru dalam berwudhu. Dia mengakuinya pada Hasan dan Husin.

Hasan dan Husin merasa lega. Akhirnya mereka dapat menyedarkan kekeliruan lelaki tua itu tanpa menyinggung perasaannya.

Nota : mengingatkan orang yang lebih tua tanpa menyinggung perasaannya adalah cirri akhlak mulia dan sangat dicintai Allah.

1 KalimaH Bermakna:

Wardah Faqihah on March 16, 2011 6:46 PM said...

tindakan yg sungguh kreatif dan kritis (^_^)

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template