
JuMuD adalah beku, kaku, kolot; Kebekuan, kekakuan ; kelesuan {Kamus Dewan}

ZuHuD adalaH soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia, perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa; {Kamus DewaN Edisi KeemPat}
Konservatisme adalah ideologi yang cenderung kepada amalan tradisi atau turun temurun. Seorang yang berfikiran konservatif suka supaya suatu amalan itu tidak berubah.
Pada dasarnya, seseorang yang berfikiran konservatif berpegang kepada konsep, sekiranya sesuatu perkara itu masih elok, ia tidak perlu ditukar. Sesuatu perkara itu hanya ditukar sekiranya perlu. Ini adalah berlawan dengan fikiran reformasi atau pembaharuan.
******************************************
MoDen adalah berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan, penyempurnaan {Kamus Dewan Edisi Ke-4}

MateriaListiK adalah berkaitan dgn kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan. {Kamus Dewan Edisi ke-4}

Reformasi adalah perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat.

**************************
Assalamualaikum w.b.t..
Maha Suci Allah yanG memiliki segala Kesempurnaan. Tiada yanG mengawaLi-Nya, dan Tiada yanG mengakhiri-Nya. segala Puji Bagi Allah..
JumuD, ZuhuD dan Konservatif selalu dikaitkan dengan perempuan yang mengenakan Purdah, niqab ataupun burqa. bagi masyarakat yang dilimpahi kemodenan, wanita2 yang berselubung ini begitu menakutkan dan asing, ada juga yang mengatakan mereka extrimis atau lebih dahsyat lagi teroris, walaupun ia tiada kaitan langsung di antara satu sama lain. tak terkecuali juga yang berburuk sangka, mengatakan wanita yang pakai purdah ni 'hodoh', 'xde mulut' atau 'xde hidung'.. macam2 lah..
wanita pakai purdah ni juga kadang2 dipinggirkan. ada satu kisah, yang saya alami sendiri, saya hampir2 dihalau keluar kelas dengan alasan.. "saya tak boleh mengajar pelajar yang saya tak boleh nampak mukanya, kalau awak tak boleh buka, sila cari pensyarah lain...".. aik?? apa kaitan muka saya dan ilmu yang dia nak sampaikan..? agak terperanjat juga dengan arahan berintonasi tegas dan keras itu. kecil hati pun ada. namun saya biarkan, dan abaikan tapi bukan keras kepala ataupun degil, cuma nak menunjukkan saya juga punyai pendirian yang tidak mudah diperkotak katikkan oleh sesiapa. akhirnya, sampai ke pertengahan sem ini, saya masih duduk di kelas itu, dan diajar oleh 'cikgu' itu.. dia tidak jadi menghalau saya. alhamdulillah, syukur pada-Nya yang telah memelihara hamba hina ini dan melembutkan hati cikguku.. malah saya dan dia boleh berkomunikasi dengan baik tanpa sebarang dendam. hehe ^_^ saya juga amat berharap agar dia diberi hidayah oleh-Nya, kerana dia seorang yg 'free-hair'. amin.
kenapa wanita pakai purdah ni nampak Jumud lagi konserVatif? tak ikut perkembangan zaman ka?? wanita sekarang mesti lebih terbuka, sebab dunia sekarang telah berlaku reformasi menuju kemodenan. pakai jubah, tudung labuh sudah tidak relevan. pergerakan jadi susah. sedangkan segalanya kena pantas dan bergerak cepat. pakai purdah lagi susah. susah untuk berkomunikasi dengan orang lain, susah bergaul, dan macam2 lagi tohmahan kepada wanita-wanita yang cuba memartabatkan pemakaian sopan dan mengikut syariat.
saya berpendapat, berbaju labuh, bertudung labuh dan berpurdah bukanlah sesuatu yang jumud, kolot, ataupun ketinggalan zaman. kerana pakaian seperti inilah yang memelihara maruah dan harga diri wanita. memelihara apa yang istimewa milik para wanita. dan Islam yang datang membawa reformasi ini, yang mana sebelum kedatangan Islam, wanita-wanita Jahiliyah tidak menutup aurat, tidak bertudung dan maruah wanita dizaman jahiliyyah seperti tidak berharga. jika kita benar2 belajar sejarah, pasti kita mengetahui bagaimana Islam itu muncul sebagai penyelamat harga diri para wanita, meletakkan wanita ditempat yang sepatutnya, bukan disanjung, tapi dihargai.
namun, apa yang terjadi mutakhir ini, situasi seperti kembali kepada zaman jahiliyyah. semakin hari semakin singkat. semakin hari semakin sempit. semakin hari semakin terdedah. dan betapa ramainya kaum hawa yang berbaju tapi seperti telanjang.. betapa ramai juga wanita2 Islam yang tidak memakai tudung, ditambah pula dengan baju sendat dan ketat, tambah lagi dengan rambut warna warni pelangi, tambah lagi dengan muka yang disolek menggunakan pelbagai aksesori.. hinggakan kita menjadi sukar untuk membezakan wanita Islam dan bukan Islam, kerana nampak sama..
lagi.. wanita2 telah begitu sesuka hati dipergunakan. menjadi model2 iklan TV dan Majalah dengan gaya yang menghairahkan, dengan pakaian yang menggiurkan. tengoklah iklan TV sekarang, 99 % telah memperdagangkan wanita. tapi wanita tidak sedar. ibubapa tidak sedar. pemimpin2 kita juga tidak sedar. kerana mereka semua fikir itulah erti kemodenan yang hakiki. malah berasa bangga tika diri, anak, bini, menjadi pujaan dan pujian lelaki2 lain. dayus sangat.
jadi, amat tidak benar dan dusta lah jika wanita yang menjaga auratnya dengan sempurna itu dikatakan jumud dan kolot, kerana yang jumud itu ialah yang terdedah seperti pada zaman jahiliyyah.
lagi isu yang selalu diperkatakan, dan amat banyak juga dibincangkn ialah pakai tudung tapi baju ketat. pakai tudung nampak leher. ini fesyen. Up-To-Date. mesti ikut peredaran zaman.
fesyen itu bagus. tapi jangan untuk menarik perhatian orang lain. pakailah pakai2an yang sendat itu dihadapan suami, dan jangan sesekali pakainya di luar rumah. kerana itu akan mengundang bencana kepada orang lain. juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki2.
generasi kini semakin kabur tentang erti menutup aurat mengikut syariat. tidak tahu atau buat2 tidak tahu. masing-masing bersaing untuk menjadi yang paling jelita dan cantik dengan fesyen tersendiri. lagi2 jika fesyen itu dipelopori oleh artis2 terkenal..
yang pentingnya, fesyen2 sekarang telah semakin konservatif dan jumud, kerana pakaian2 yang direka begitu sama dengan zaman jahiliyyah dan zaman purba, tidak cukup kain, berlubang-lubang dan koyak rabak disini sana. cuma bezanya, pada zaman ni ada tambah labuci sikit2. ^_^
tentang pemakaian purdah, memanglah ianya tidak diwajibkan. tapi perlu diingat pemakaian purdah ada dasarnya dari Sunnah Nabi s.a.w. juga merupakan cara pakaian para isteri nabi s.a.w.
Dari ‘Aisyah, dia berkata:
“Biasanya para pemandu lalu di hadapan kami yang sedang berihram bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Maka, jika mereka melewati kami, maka masing-masing dari kami menjulurkan jilbab yang ada di atas kepala untuk menutup muka. Namun, apabila mereka sudah berlalu dari kami, maka kami pun membukanya kembali.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 5/30. Hadis ini hasan, lihat al-Irwa’, no. 1023, 1024)
Dari Asma’ binti Abu Bakar, dia berkata:
“Kami biasa menutup wajah kami dari pandangan lelaki dan sebelum itu kami juga biasa menyisir rambut ketika ihram.” (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak, 1/545. Disepakati oleh adz-Dzahabi)
Dari Ashim al-Ahwal, dia berkata:
“Kami pernah mengunjungi Hafshah bin Sirin (seorang tabi’iyah) yang ketika itu dia menggunakan jilbabnya untuk menutup wajahnya. Lalu, aku katakan kepadanya, “Semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Allah berfirman: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak memiliki keinginan untuk berkahwin (lagi), bagi mereka tiada dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.” (Surah an-Nuur, 24: 60).” (Atsar Riwayat oleh al-Baihaqi, 7/93)
Berkenaan ayat 60 dari surah an-Nuur tersebut, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata di dalam tafsirnya, jil. 5, m/s. 445, katanya: “Iaitu pakaian yang jelas tampak, seperti khimar (penutup kepala) dan sejenisnya yang sebelumnya telah Allah wajibkan untuk dipakai oleh wanita sebagaimana di dalam ayat “... dan hendaklah mereka melabuhkan khimar mereka sehingga ke dadanya.”
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata:
“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam meliuhat Syafiyah, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam melihat ‘Aisyah mengenakan niqab (penutup wajah) di dalam sekumpulan para wanita. Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam tahu bahawa itu adalah ‘Aisyah berdasarkan niqabnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad, 8/90)
Dari Anas bin Malik (dalam Perang Khaibar):
“...Akhirnya para sahabat pun mengetahui bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam menjadikannya (Shafiyah) sebagai isteri. Ini adalah kerana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam memakaikan khimar kepadanya dan membawanya duduk di belakangnya (di atas unta). Dan beliau pun menutupkan selendang (pakaian) beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam pada punggung dan wajahnya...” (Lihat: Hadis Riwayat al-Bukhari, 7/387, 9/105. Muslim, 4/146-147. Ahmad, 3/123, 246, 264)
Dari ‘Aisyah (di dalam peristiwa al-Ifki), dia berkata:
(ketika di dalam suatu perjalanan perperangan, ‘Aisyah tertinggal dalam satu persinggahan) katanya, “... aku berharap kumpulan prajurit akan menyedari bahawa aku tidak ada di dalam tandu dan segera akan kembali mencariku (yang tertinggal). Ketika aku duduk di perkhemahanku itu, aku terasa mengantuk lalu aku pun tertidur.
Ketika itu, Shafwan bin Mu’aththal as-Sulaimi adz-Dzakwani juga mengalami nasib yang sama, tertinggal dari rombongan prajurit. Dia pun berjalan menghampiri perkhemahanku dan melihat dari kegelapan ada sekujur tubuh manusia yang sedang tertidur. Dia pun menghampiriku. Dan dia mengenaliku, kerana dia pernah melihatku sebelum turun ayat hijab. Ketika dia tahu bahawa yang tertidur itu adalah aku, dia pun berteriak istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un). Teriakan tersebut membuatkanku terjaga dari tidur dan aku cepat-cepat menutup wajahku dengan jilbab...” (rujuk di dalam Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran Surah an-Nuur, 24: 11. Sirah Ibnu Hisyam, 3/309. Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/194-197. Muslim, 8/133-118)
saya bukanlah ingin menyatakan bahawa pakai purdah ini wajib, siapalah saya untuk mengatakan begitu. saya juga tidak mengatakan bahawa perempuan yang memakai purdah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak memakai purdah. sesungguhnya nilaian baik dan buruk kita disisi Allah adalah sejauh mana kita telah menjadi hamba yang baik kepada-Nya. pakaian ini hanya luaran. namun harus juga kita ingat, bahawa penampilan luaran yang cuba kita tampilkan adalah lahir daripada hati yang takut dan taat kepada Allah dengan sebenar2nya dan kerana hidayah-Nya.
Sekadar memakai tudung yang labuh, baju yang labuh, menutup kaki dengan stoking sudah cukup baik, dan sangat manis dipandang. saya tidak melihat bahawa purdah ini sebagai satu kelebihan dalam menilai diri saya dan orang lain. siapa yang mampu untuk memakainya, dan tidak takut dengan tohmahan dan telah bersedia dengan ikhlas kerana Allah, maka tidaklah terhalang untuk memakainya. kerana berpurdah adalah hak masing-masing, tanpa perlu ada orang yang menyuruh atau menghalangi.
tapi, andai menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak mengizinkan isterinya berpurdah, dan lelaki itu mempunyai hujah2 yang boleh diterima dari segi syariat, maka turutilah dia setelah anda juga mengemukakan hujah dan mengadakan musyawarah. insyaAllah, suami yang baik itu akan inginkan perkara-perkara yang baik juga untuk isterinya yang tercinta ^_^, maka perlulah selalu berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
^_^ semoga kita menjadi wanita yang solehah..yang cantik dan indah dimata suami, yang terpelihara dibelakang suami..
.. amin.
1 KalimaH Bermakna:
kak siahhh...huuu siapa 'cikgu' tuuutt..rase2nye saya tahu.huuu
Post a Comment