Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Monday, March 7, 2011

IngiN Bebas. Seperti Apa?


Assalamualaikum..


Racun LiBeral yang diperkenalkan oleh Barat dapat diatasi dengan agama. Sebagai orang Islam kita wajib berpegang kepada al-Quran dan sunnah dalam menilai erti Kebebasan. Fitrah manusia dijadikan dengan rasa berTuhan menyebabkan kita terikat kebebasan itu dengan agama. Kerana penciptaan manusia oleh yang Maha Esa jika dibebaskan Tanpa sekatan akan merosakkan seluruh pelusuk alam. Allah menyatakan dalam surah ar-Rum ayat 41 bermaksud ;

“Terjadi kerosakan di daratan dan lautan akibat dari tangan-tangan manusia.”

Anda ambil sebatang marker pen dan anda campakkannya ke dinding, kemudian pijak2 sempai kemik dan kemudian anda rendam dalam air. Keadaannya pasti rosak. Begitu juga manusia. jika tubuhnya disalahguna zahir dan batin, pasti rosak. Maksudnya badan kita perlu kepada penjagaan fizikal, mental dan rohani melalui agama sahaja.

Kita lihat empat kesan manusia bebas (penyakit Sosial) dan kesan yang berlaku :

  1. KEBEBASAN BERAKIDAH

- ertinya manusia berhak atau bebas meyakini mana2 ideologi atau agama. Serta berhak mengubah agamanya. Dan berhak untuk tidak percaya pada agama (athies).

- Pada tahun 1970-an, Reverand Jim Jones dijumpai mati bersama para pengikutnya membunuh diri di Guyana.

- Pada tahun 1993, David Koresh bersama puluhan para pengikutnya dijumpai mati membunuh diri di Wako, Texas.

- Pada Tahun 1994, kemunculan Shako Ashara (Doomsday Sect) di Jepun yang meracuni penumpang2 sistem keretapi bawah tanah jepun dengan senjata kimia.

- Pada tahun 1996, beberapa remaja Mesir ditangkap kerana terlibat dengan pemujaan syaitan (Satanic worshipping).

- Di Malaysia, muncul pelbagai ajaran sesat seperti Ayah pin, Ajaran Qadiani, Ajaran Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Ajaran nordin Puteh, Ajaran Mafarridah (Sheikh Makmun), Ajaran Khatijah Ali, golongan anti Hadis seperti Rashid khalifa dan Kassim Ahmad mengaku Imam Mahdi bahkan ada yang mengaku nabi.

- Orientalis berjaya memutarbelit surah al-Baqarah ayat 2 bermaksud, “tidak ada paksaan dalam agama.”, menghasut orang Islam jangan memaksa diri beribadah. Sebenarnya nas ayat ini untuk orang Kafir bukan untuk orang Islam.

- Kata Nabi Muhammad, “Siapa saja yang mengganti agamanya (murtad), maka bunuhlah dia,” kesimpulannya, tiada istilah kebebasanberakidah di dalam Islam.

  1. KEBEBASAN BERSUARA ATAU BERPENDAPAT

- Ertinya setiap manusia bebas bersuara menyatakan pendapat tanpa sebarang syarat atau batasan.

- Salman Rushdie yang menulis buku ‘Satanic Verses’ menghina Islam. Beliau difatwakan hukum bunuh sampai mati oleh Ayatollah Khomenei.

- Amina Wadud menggemparkan dunia Islam dengan menjadi Imam wanita solat jumaat di dalam sebuah gereja di New York. Makmumnya terdiri daripada lelaki dan perempauan yang bercampur dalam saf dan tidak menutup aurat. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan pengasas Sister In Islam di Malaysia.

- Penyiaran Karikatur menghina nabi Muhammad oleh sebuah akhbar di Denmark. Penyiaran ini mencetuskan kemarahan umat Islam dunia.

- Di Malaysia, terdapat beberapa intelektual dan tokoh Negara yang menghina nabi Muhammad s.a.w sebagai lelaki yang kuat seks, menyimpan gundik, menolak sunnah baginda-berjanggut, berserban dan berjubah.

- Umat Islam diharamkan berpendapat yang bertentangan dengan akidah Islam seperti sekularisme, komunisme, sosialisme, nasionalisme, patriotisme, kapitalisme, liberalisme dan sebagainya.

  1. KEBEBASAN HAK MILIK

- Ertinya bebas mengaut sebanyak mana keuntungan selagi tidak melanggar hak-hak orang lain. Yang kaya semakin kaya, dan yang miskin semakin miskin.

- Rata-rata yang kaya menjalankan perniagaan haram. Seperti urusniaga dadah, pelacuran, rumah urut, pusat judi, riba dan sebagainya yang haram lagi.

- Islam membenarkan pengumpulan harta kekayaan. Dengan syarat proses ke arahnya menurut lunas2 Islam. Zakat juga dikeluarkan apabila cukup haul sebagai pembersih kepada harta kekayaan tadi supaya tidak dimurkai Allah.

  1. KEBEBASAN BERSOSIAL

- Ertinya bebas berbuat apa yang disukai asalkan tidak mengganggu kehidupan orang lain.

- Seks bebas, minum arak, merokok, berpakaian menjolok mata, tidak solat, tidak puasa adalah contoh kaedah bebas social yang mula dipandang biasa oleh manusia.

- Seks bebas dibenarkan atas kehendak kedua-dua belah pihak dan tidak menjadi kesalahan selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan. Bikini di tempat awam dibenarkan seelagi tidak mengganggu fizikal orang lain. Yang dolarang adalah merogol. Jika berlaku perogol akan dipersalahkan tetapi penyebab tidak disalahkan. Kalau kita merokok semasa mengisi minyak kita akan dihukum denda atau penjara. Kerana merokok mendatangkan bahaya. Tetapi bikini tidak salah walaupun kita tahu akibat buruknya.

- Isu-su gejala social ini memang kita maklum bahayanya. Tetapi penyubur atau penggalak kepada isu ini tidak dibanteras. Sebaliknya makin banyak yang tumbuh galak. Seperti kelab malam, pusat judi, pusat snooker, rumah pelacur, rumah urut dan sebagainya.

- Penyubur dan penggalak ini perlu dihapuskan jika ingin melihat kaedah bersosial yang normal.

Inilah kesan besar ke atas manusia akibat racun liberal. Racun yang merosakkan aspek politik, ekonomi dan social mengundang Negara atau tamadun manusia di ambang kehancuran. Begitulah yang terjadi ke atas pemerintahan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah dan Tanah Suci Palestin.

Sumber : Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran, oleh Ahmadi Haji Baharudin.

0 KalimaH Bermakna:

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template