
Assalamualaikum w.b.t..
segala puji bagi Allah s.w.t, atas Kebesaran dan Kasih Sayang-Nya kita masih mampu saling bersapa di ruang maya ini. semoga Allah memberkati kita. amin
saya baru selesaikan satu tugas, boleh dikatakan assignment, tapi itu bukan yang akhir. masih ada 'tugas' lain yang beratur menunggu giliran untuk dibereskan. saya sudah berazam untuk menyiapkan semua 'tugas' itu dalam minggu ini. tapi cukuplah sekadar itu untuk hari ini. kepala pun sudah pening2 lalat, walaubagaimanapun mata masih belum mahu tidur. jadi saya ingin menulis sesuatu..
kebelakangan ini, orang sekekeliling saya suka bertanya soalan yang sama.
dah ade isi ke? ^_^
seperti biasa saya akan jawab.. 'belum', sambil tersenyum.
mungkin itulah yang dilalui oleh pasangan yang telah berkahwin tapi belum mengandung, walaupun telah berkahwin beberapa bulan.. saya rasa, mereka menyoal begitu disebabkan ramai sahabat2 yang baru berkahwin, lambat sedikit dari saya, telahpun berjaya untuk menjadi bakal 'ibu' dan 'ayah'. segala puji bagi Allah kerana telah mempersenyawakan 'sperma' dan 'ovum' mereka.. jika tidak kerana Allah, mereka juga tidak akan mengandung. saya percaya itu!
bukankah zuriat itu rezeki. itu juga kerja Allah s.w.t... bila selalu ditanya, saya menjadi agak bosan dan sedikit juga sedih. bukan sedih kerana belum 'ada isi', tapi sedih kerana mereka tidak faham bahawa semua itu ketentuan Allah. sebagai manusia saya hanya mampu berusaha..
terjadi satu peristiwa, saya 'acah' kawan2 saya. saya cakap 'saya dah ade isi'.. waktu itu wajah-wajah mereka memang sangat kelakar, muka 'teruja' yang amat sangat.. lalu saya berkata.. 'saya acah je, nak tengok reaksi korang..' kemudian sengih.
saya pun terfikir, kawan2 saya memang betul2 ikhlas ingin melihat saya 'ada isi'. semoga harapan mereka itu menjadi satu doa untuk saya dan akan dikabulkan Allah. amin.
ada juga yang sarankan saya pakai produk tertentu. kemudian, ada satu peristiwa, saya jumpa doktor disebabkan badan tidak begitu sihat. doktor cakap saya stress sebab belum mengandung. lalu dia beri saya Vitamin, katanya untuk bantu saya mengandung..
saya kecil hati dengan doktor itu, sampai hati dia kata saya stress. saya belum sampai tahap stress lagi disebabkan itu, kerana saya kahwin belum sampai setahun. kalau dia cakap saya stress sebab jauh daripada suami & tekanan dengan assignment dan study, mungkin saya boleh terima dakwaan dia itu. apa-apapun doktor juga manusia, dia cuma buat andaian hasil daripada kajian dia terhadap saya, mungkin supaya dia dapat beri ubat yang sesuai untuk pesakitnya ini. ^_^. walaubagaimanapun, saya dah habiskan vitamin yang dia beri, hasilnya saya semakin kuat makan.. ( mungkin itu vitamin supaya selera makan).. layan...
zuriat itu kan dapat mengeratkan lagi kasih sayang. namun, sebagai seorang islam dan beriman, segala pengharapan dan impian saya sandarkan pada Allah.. impian saya pastilah ingin menjadi ibu mithali untuk anak-anak yang soleh.. ingin mendidik mereka menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa. ^_^
apapun, saya akan terus sabar.. menanti dan terus menanti... seandainya ada, "alhamdulillah", andai juga saya perlu menanti lagi.. "Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa BiLLaH...".. kerana Dia sahaja yang mampu mengADAkan yang tiada itu...





0 KalimaH Bermakna:
Post a Comment