
KUALA LUMPUR – Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.
Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.
“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini.
Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
sumber : KosMo
Assalamualaikum..
amat lama aku menyepi tanpa sebarang entry. kali ini aku nak tulis pasal satu isu ni. isu seram dan mistik. kalu cerita bab hantu pontianak ni memang kita takut. padahal benda2 tu hanya hayalan dan tak wujud pun sebenarnya. syaitan tu memang la ada, tapi tentang rupa paras dan kehodohannya yang melampau tu dan cerita karut marut mengenainya itu adalah tokok tambah pihak2 yang tak bertanggungjawab sahaja.
aku juga berpendapat, takde faedah dan manfaat langsung benda2 seram ni diketengahkan. kenapa tak ketengahkan pasal azab kubur, pasal mati, pasal neraka yang menakutkan tu? cerita yang ghaib yang benar-benar akan berlaku dan Allah telah mengkhabarkan kita tentangnya di dalam al-Quran. pasal kite kurang kesedaran lah, generasi kita sekrang lebih takutkan hantu daripada takutkan Allah. dari kecik lagi dah di'acah' dengan benda karut.. na'uzubillah..
terbaca pula kat kosmo, 'PAMERAN ALAM MISTIK HARAM'.. baguslah kalu ada pihak yang menyedarinya sebagai haram. tapi aku harap perkara ni xde kaitan dengan unsur politik sikitpon. harap sangat2 k. yang khabarnya pameran akan dibuat kan TERENGGANU..
tapi apa pula hukumnya tentang 'FILEM DAN DRAMA MISTIK'.. kat TV3 ada slot cerita SERAM lagi tu.. so, aku rasa pihak2 yang terlibat seharusnya turut memberi 'fatwa' tentang hukum filem n drama2 filem ni.. aku sangat harap akan ada keluar berita kat kosmo 'FILEM DAN DRAMA MISTIK HARAM', dan pengharaman itu perlu pada tindakan pihak berkuasa...
bukan apa, unsur-unsur yang dibawa dalam cerita seram ni sikitpun x membawa faedah. kalu setakat nak tarik orang supaya buka chanel TV3, aku rasa langsung tak berbaloi dengan impak negatif dan kerosakan akidah kepada seluruh generasi umat Islam yang akan terhasil daripadanya.
tak perlu la percaya benda2 karut.. ingat Allah.. takut Allah.. itu yang penting..
insyaAllah.. ^_^





4 KalimaH Bermakna:
bagus la tu diharamkan....cter mistik yg ada skrg nie dah melalut2...takut2 nnti terpesong lak akidah..
Ni apa menyalak-nyalak pasal pameran ni??
kalo xde pameran tu pun ko belum tentu cukup smayang 5 waktu..ngadap blog jgak 24 jam.. :P
(mesti ko delete komen aku ni kan..haha penakut & pengecut!)
anon mna plak salah masuk rumah ni...
:)
sy x menyalak. bukan anjing.. (siapa sbnarnye yg menyalak kt cni.. ini blog sy, sy punya suka la.. :P )
kalu Islam kene r smyg 5 waktu, jgn smyg time kene bala shaja..
dan sy xde la ngadap blog 24 jam. ni ckp x berasas. tp xpe la, org cmni ni xleh dilayan sgt. biasanya org cmni kekurangan kasih sayang dan kurang perhatian. kesian :)
apa2 pun, lain kali masuk rumah org biar beradab dan sopan, sekalipun nk mengkritik :) - kalu mengaku diri Islam.
ok? :)
sy xkn delete komen tu.. akn diabadikn sbgai kenang-kenangan.. huhu :)
jazakillah khairan kathiran..
semoga jiwa kita sentiasa dibelai dgn hidayahNya..
-sy pon masih keliru knapa anon itu sgt sakit hati pula! pdahal bila dibaca balik apa yg sy tulis, tiada satu pun yg menyakitkan hati org, mungkin dia peminat cerita seram. hikhikhik :)
Post a Comment