Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Monday, February 28, 2011

Dialog Malaikat Izra'il dan Nabi Muhammad s.a.w



Assalamulaikum w.b.t..

Alhamdulillah, hari Isnin yang sangat indah dan ceria, membangkitkan semangat untuk menghadiri kuliah pada hari ini setelah menjalani cuti hujung minggu yang agak melelahkan.. ^_^

Oleh kerana kelas hari ni pukul 4 petang, jadi aku mencuri sedikit masa ini untuk menulis tentang satu cerita yang sangat indah, dan saya akan berkongsi dengan anda semua..

Ini bukan cerita dongeng dan tipu2.. tapi betol dan benar. Mungkin anda pernah membacanya atau pernah mendengar tentangnya..

Beberapa hari ni aku tengah mabuk membaca buku bertajuk ‘amaakin Masyhurah Fi Hayati Muhammad’, maksudnya ialah ‘tempat-tempat Bersejarah semasa Kehidupan Nabi Muhammad’.. buku ni sangat best..

Secara ringkasnya, Antara tempat bersejarah tersebut ialah ;

  1. langit tujuh
  2. Bait Al-Maqdis
  3. Tursina
  4. Bait Lahm
  5. Makkah al-Mukarramah
  6. Negeri Syam
  7. Thaif
  8. Madinah Munawwarah
  9. Khaibar
  10. Tabuk

Buku ni ada 312 page, dan aku baru baca sampai m/s 57. biasalah, baca buku ilmiah2 macamni memang kena mujahadah sikit, banyak setan yang suka mengganggu & membantutkan proses membaca. Tapi kalu baca novel cinta, 3120 page pun boleh habis dalam sehari semalam, sanggup tak tido sebab teruja sangat nak taw Ending ceritanya.. ish3.. tapi itu bukan penghalang tuk kit abaca buku2 agama ni.. insyaAllah, yang penting ada usaha melawan godaan syaitan. Baca skit2, lama2 abes la ^_^

Terus kepada cerita yang aku nak tulis, cerita ni ada kat page 35.. ianya tentang dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan malaikat Izra’il, semasa peristiwa mi’raj Nabi s.a.w, ketika sampai di langit ke-4, Baginda bertemu dengan Malaikat Izra’iL ni.. dialog tersebut seperti dibawah :

Aku (Muhammad s.a.w) bertanya: wahai saudaraku Izra’il, apakah ini tempatmu ?

Dia menjawab : Ya, ini adalah tempatku, sejak Tuhan menciptakanku hingga datang hari Kiamat.

Aku bertanya kembali : bagaimana kamu dapat mencabut roh sedangkan kamu selalu berada di tempat ini ?

Dia menjawab : sesungguhnya Allah telah memberi kemungkinan kepada aku untuk melakukan hal itu dan Allah juga telah memberi bantuan kepadaku sebanyak lima ribu malaikat yang tersebar di seluruh bumi. Ketika seorang hamba telah sampai kepada ajal serta dia telah mendapatkan jatah rezeki serta masa hidupnya telah habis, maka aku mengutus 40 malaikat untuk mencabut nyawanya. Mereka mencabut nyawa dari saluran keluar nafas, dari saluran masuk makanan, dari daging & dari darahnya. Nyawa tersebut dicabut dari hujung kuku hingga sampai dilututnya, kemudian dia diberi rehat sebentar, lalu dilanjutkan hingga dicabut sampai ke pusat.kemudian dia diberi rehat sekejap, lalu dicabut lagi hingga sampai ke halkum dan diletakkan di tenggorokan. Nyawa tersebut ditarik dan dilepaskan seperti halnya rambut yang ditarik dari Ajin (sejenis bahan pembuat kuih). Ketika nyawa telah terlepas dari jasad, maka kedua mata akan menjadi keras dan terbelalak, ini kerana penglihatan kedua-dua mata itu selalu mengikut nyawa (roh) yang keluar. Dia (Izra’il) akan mencabut roh dengan salah satu dari dua bentuk tombak seperti ini, iaitu satu bentuk tombak yang diperbuat daripada cahaya sedangkan yang lain berbentuk tombak memberi seksa. Roh (nyawa) yang baik akan dicabut dengan menggunakan tombak yang diperbuat dari cahaya dan akan dihantar ke syurga Illiyyin. manakala roh yang jahat akan dicabut dengan tombak yang memberi seksa dan akan dihantar keneraka Sijjin. Ia merupakan batu yang hitam yang terdapat dibawah bumi ketujuh dan terletak dibahagian paling bawah. Disana terdapat roh orang-orang kafir dan orang-orang jahat.

Aku bertanya : bagaimana kamu mengetahui bahawa ajal seorang hamba itu telah sampai atau belum.

Dia menjawab : Wahai Muhammad, tiada seorang hamba di dunia ini kecuali dia mempunyai dua pintu yang berada di langit. Pertama; pintu yang digunakan untuk menurunkan rezeki. Kedua; pintu yang digunakan untuk menaikkan amalnya. Pokok yang terdapat di samping kiri aku ini, ia tidak mempunyai daun kecuali pada setiap daunnya itu telah tertuliskan nama seorang anak adam, sama ada lelaki atau perempuan. Jika ajal seseorang telah dekat, maka daun yang tertulis nama orang itu akan menjadi berwarna kuning dan akan terjatuh di hadapan pintu yang digunakan untuk menurunkan rezeki mereka. Lalu tulisan yang berada di lauh (buku catatan) berubah menjadi hitam, maka ketahuilah bahawa orang itu sedia untuk dicabut nyawanya. Lihatlah dan perhatikan dia, jasad dan badannya akan menjadi lemah, hatinya menjadi khuatir (tidak tenang), hingga akhirnya dia lemas terjatuh di atas tempat berbaring kerana kewibawaanku. Setelah itu akan dihantar kepada orang itu 40 malaikat untuk mengambil rohnya.

Sumber : Tempat-tempat Bersejarah Semasa Kehidupan Nabi S.A.W, oleh Dr. Hanafi al-Mihlawi.

SUBHANALLAH..

SUBHANALLAH..

Takut tak??!

harus lah kita takut.. dengan amal yang kurang ni, dengan tak cukup persediaan.. tahu mati pasti, tapi gaya macam takkan mati.. na'uzubillah.


tu baru cerita camana malaikat tahu bila saat hampir dia nak cabut nyawa. bayangkanlah, kita tengah seronok2, gelak2, gurau senda, berpoya-poya, lalai alpa.. tak sedar sebenarnya nyawa sedang siap nak dicabut.. Na'uzubillah.. sebab tu kena sentiasa bersedia. sebab kita tak taw bila masa kita nak kene cabut nyawa.

Kalu tak takut memang keras ati sangat la tu. Kena banyak2kan taubat. Sesungguhnya kita sebagai manusia ni kadang2 tak sedar telah banyak lakukan dosa, hinggakan kita jadi tak sensitif langsung dengan ‘perkara benar’ yang akan berlaku pada diri kita kelak. Sebab tu, kita mesti sentiasa bertaubat dan mohon ampun pada Allah, supaya selalu nampak yang benar dan yang batil, supaya Allah sentiasa memberi kita petunjuknya kepada kita semua.


pesan ini khas untuk diri sendiri yang tanpa sedar lalai dan alpa. hamba hina yang selalu ingin mendapat petunjuk-Nya disegenap hidup dan selagi ada nyawa ..


0 KalimaH Bermakna:

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template