Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Wednesday, January 19, 2011

Ranjau...*_*



Allahuakhbar...!

hanya itu mampu ku lafaz, tika banyaknya ranjau dan cabaran yang telah dilalui, sedang dilalui dan pasti ada lagi ujian demi ujian yang datang bertimpa. hanya pada-Nya tempat mengadu ketika jiwa terguris dan sedih dengan tingkah manusia yang semakin tidak faham 'agama'. apa mampu aku kata? semoga berlimpahan hidayah-Nya buat kita semua..

tika ini, umat semakin tidak kenal mana satu agama, dan mana satu 'dunia'.. kuasa sekular & liberal semakin menjalar ke urat saraf setiap dari kita. kita semakin tidak kenal pejuang-pejuang agama kita, tapi kita kenal para artis tersohor dan segala peribadinya secara detail berserta filem dan album2 yang telah mereka hasilkan.. dalam rumah2 umat Islam hari ini juga tiada kehidupan 'beragama'.. tiada tarbiyah sepertimana Rasululullah tarbiyah ahli bait Baginda.. hari ini, kita tidak mendidik anak2 kita dengan agama yang sebenarnya, agama itu bukan sekadar sembahyang.. puasa.. tapi agama itu adalah hati yang benar2 taat kepada Allah. bermula dari hati, yang cinta kepada Allah dengan sebenar-benarnya, yang ikhlas, yang tidak perlu dan tidak bergantung apa2pun selain daripada Allah.. maka itulah hati yang melahirkan jasad yang taat, patuh dan beramal seperti mana yang dikehendaki Allah. dengan sendirinya akhlak yang baik turut terpancar tanpa dikerah dan diarah.. kerana akhlak yang baik itu, lahir daripada hati yang cinta kepada Allah swt... inilah yang patut dididik dalam jiwa anak2 kita! ^_^

sistem pendidikan sekolah hari ini pula, sangat 'sibuk' dengan kurikulum, & pelbagai teori2 Barat yang memusnahkan nilai2 ilmu agama.. maka, tidak hairan jika bekas pelajar sekolah agama lebih teruk 'akhlak'nya mutakhir ini. bukan 'agama' yang salah, tapi bagaimana agama itu diajar & diterapkan telah jauh daripada cara Rasulullah saw tarbiyah para sahabat. kasihan anak2 kita =( anak2 sekarang (termasuk aku) telah dimomokkan dengan agenda Barat, tapi kita tak sedar. hanya hidayah Allah swt saja yang boleh sedarkan kita dari kelalailan dan ketidaksedaran ini. semoga hidayah-Nya terus berlimpahan kepada kita... ^_^

sistem pendidikan hari ini juga, secara tak langsung mendidik anak2 untuk fikir dunia, dunia, dunia.. belajar Pendidikan Islam, Syariah Islamiyah, tasawur.. untuk dapat A. untuk cemerlang dunia. cikgu pun sama, (tapi tidak semua), masuk bidang pendidikan Islam, bukan ikhlas untuk mengajar & bagi faham umat tentang agama, tapi hanya untuk dunia, gaji.. sebab tiada pilihan lain, terpaksa jadi cikgu/ustazah, jika tidak jadi cikgu/ustaz/ustazah.. akan jadi penganggur seumur hidup.. semoga kita dijauhi dari niat buruk itu..


dan aku..

aku harap Allah redha dengan tindakan aku hari ini. biarlah manusia tidak redha. biarlah manusia berkata apa saja. berpuas-puaslah kalian memperkatakan tentang hamba Allah yang hina ini. aku tidak akan menghalang.

pendirianku..

kenapa kita boleh berusaha bersungguh-sunguh untuk dunia, kita sanggup buat apa saja untuk memperbaiki kebahagiaan dunia kita, kita sanggup habis duit, tinggal keluarga, bahagikan masa untuk mencapai tahap terbaik untuk dunia. lepas SPM kita sambung STPM, sambung Degree, sambung master, sambung Phd dan berpuluh-puluh Phd kita ingin capai untuk dunia. Lepas dapat giliran datin, kita ingin giliran dato'.. begitulah usaha kita perbaiki kehidupan dunia. sepatutnya, begitu juga lah kesungguhan kita untuk perbaiki kehidupan akhirat.. perbaiki ibadah wajib dengan ditambah ibadah sunat, mengamalkan sunnah Nabi saw dalam kehidupan, perbaiki cara menutup aurat... sentiasa islah diri dari masa kesemasa, agar semakin baik kehidupan akhirat kita. jadi apa yang aku buat sekarang ni, untuk perbaiki akhirat.. jangan pertikaikan keikhlasan aku, kerana apa yang ada dalam hati aku adalah milik Allah swt, hanya Allah yang Maha Tahu segalanya.. biar Dia yang nilai. Dia lebih berhak.

walaupun ranjau ini makin berduri, aku amat bahagia. Segala Puji Bagi Allah atas Nur demi Nur yang Engkau limpahkan buat hamba kerdil ini.. ^_^

1 KalimaH Bermakna:

Wardah Faqihah on January 23, 2011 7:35 AM said...

Redha Allah itu adalah penghargaan yg paling berharga buat hamba-Nya (^_^)

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template