Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Saturday, January 22, 2011

Patutkah aku DiKasihani....?



assalamualaikum..

terima kasih kepada sahabat yang sudi kasihan pada aku.. nampak 'malang' sangatkah aku..? 'malang'kah aku jika ditinggalkan oleh suami untuk khuruj tabligh 3 hari..?

aku tidak ditinggalkan tanpa kerelaan. aku redha & rela suami keluar untuk memperbaiki dirinya. dia tinggalkan aku sebentar untuk perkara baik. kenapa pula aku perlu rasa sedih. bukan dia tak balik ^^

aku tidak ditinggalkan dalam keadaan kelaparan & kebuluran. dia sediakan bekalan hidup yang cukup untuk aku selama ditinggalkan... aku cukup makan ^^ alhamdulillah, percaya pada Allah, yang bagi lapar Allah.. bagi kenyang pun Allah.. kene yakin tu!

aku telah memilih jalan ini dalam hidupku. aku telah memilih seorang karkun untuk menjadi teman hidupku. aku telah berfikir sebelum melangkah, dan aku hanya bergantung harap pada Allah, agar berbuah kebaikan dari segala rencana-Nya yang telah diaturkan...

macam2 orang cakap pasal jemaah tabligh.. sebelum aku kahwin & sampai sekarang. ade cakap buruk. ade cakap baik. tapi, memang dah jadi kebiasaan umat akhir zaman ni, benda2 baik ni akan nampak asing dan tak best..

sampai sekarang, masih ada orang kasihan kat aku pasal ditinggalkan suami khuruj. aku pula yang confuse. entah celah mana kondisi aku yang perlu dikasihani.. ^^

dulu2 pun aku macam tak suka juga dengan jemaah tabligh ni.. sebab masa tu kurang faham & tak maw faham pun. lagi-lagi bila dengar macam2 cerita, jemaah tabligh tinggal bini berbulan-bulan la, tak bagi makan la, compang camping.. busuk..serabut dengan janggut dorang tu.. hehe.. macam2 kan..

lepas dah kahwin ni baru banyak faham.. bila hari2 suami cakap pasal agama, baiki agama dalam diri.. maka, aku tak nampak pun perkara yang buruk dalam diri suami aku. memang dia ada tinggalkan aku, tapi aku tak ditinggalkan dalam keadaan 'merana' dan 'sengsara'.. alhamdulillah. dia juga tak compang camping comot dan tak serabut.. dia sangat comel & selalu menarik di mata aku. selalu kemas & bergaya. ^^ itu yang selalu buat aku rindu pada dia bila berjauhan.. & jadi tak sabar untuk bertemu =)

kat sini aku tak maw cakap pasal ape jemaah tabligh mesti ke IPB, mesti khuruj 3 hari & seterusnya.. cuma bagi aku itu cara dorang perbaiki diri. cara dorang nak buat tabligh. cara dorang nak amar ma'ruf nahi mungkar... xpe la, selagi dorang buat tu kerana agama, itu dah baik, daripada takde usaha langsung.. insyaAllah.

jadi, syukran pada sahabt yang bersimpati kepada aku. sebenarnya, ramai lagi orang yang perlu kepada simpati dan doa kita.. iaitu orang2 yang tersasar jauh dari landasan hidup berdasarkan al-Quran & al-Sunnah.. kita sama2 doa agar kita semua dilimpahkan hidayah & Nur-Nya... amin..

2 KalimaH Bermakna:

mohammad on January 22, 2011 10:43 PM said...

salam ziarah

Wardah Faqihah on January 23, 2011 7:33 AM said...

(^_^)

Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template