
alhamdulillah..
hari ini, telah selesai final exam utk sem 1, sesi 2010/2011.. emosi menjadi agak stabiL. namun, diriku masih tidak mampu untuk terlalu gembira.. mungkin kerana peristiwa tadi.. tentang dia, sahabatku..
setelah habis paper last tadi, aku keluar agak tenang. hati bertanya, mata melilau. aku mencari sahabatku itu. sepanjang minggu peperiksaan ni, aku masih belum sempat menyapanya, dan aku pasti dia akan balik kampung pada hari ini. aku terus mencari.. dan.. alhamdulillah, aku nampak kelibat dirinya dari jauh. aku menuju ke arahnya..
aku senyum padanya dari jarak jauh.. dia membalas senyumanku. aku lihat senyumannya tidak berbunga. tidak seperti selalu. kebiasaannya dia melemparkan senyuman manis dan bersemangat. hari ini aku lihat dia terpaksa senyum.. aku dekati dia..
aku bertanya...
"***** balik kg bila?"
dia menjawab...
"nak balik ari ni la..ni nak balik terus, pasni nak ke stesen komuter la.. ***** hantar..."
kami bersalaman....
dia berkata lagi.. sambil tangan kami terus bertautan..
"awak taw kan keadaan mak saya..."
aku angguk.. tanda aku taw keadaan ibu sahabatku itu.. dia berada di wad hospital sekarang..
tiba-tiba dia memeluk aku..
dia berkata lagi...
"saya asyik teringat kat mak saya.. mase jawab exam tadi pon saya asyik fikir mak saya, saya macam dapat rase dia panggil saya....saya risau xde sesiapa jaga dia di hospital..."
air matanya bercucuran... dan aku menahan sebak.. amat sedih. aku dapat rasakan perasaannya tika itu. dia benar-benar susah hati dan bersedih. dia sahabat yang sangat tabah. sangt sabar. sepanjang mengenalinya, aku tidak pernah melihat air matanya. dan hari ini, aku lihat dia menangis dengan air mata yang menitis cukup laju...
bagai ingin terus memeluknya... aku ingin dia menjadi lebih tabah untuk menghadapi segala ujian ini..
dan kini... mungkin dia sudah berada di sisi ibunya.. semoga dia lebih tenang di sana..
aku tiba-tiba merindui sahabatku itu.. sangat rindu. (T_T).. rindu akan sikapnya. rindu akhlaknya.. rindu melihatnya..
duLu...
pada awal pertemuan kami, tahun 1 di UKM, aku sangka dia sombong. wajahnya agak garang dan dia kurang senyum, tapi aku suka tengok dia.. muka dia sangat manis.. kadang-kadang aku nampak dia senyum sambil bercakp-cakap dengan 'geng' dia.. muka dia memang comel ^^
tapi aku tak pernah rasa ingin dekati dia.. aku cuma suka tengok dia.
sampailah satu masa yang telah ditentukan Allah, kami ditakdirkan untuk membuat kerja kursus bersama. buat group assignment bersama...
aku tidak terlalu ingat camana kami boleh jadi rapat.. aku cuma ingat kami rapat bermulanya disini..
aku semakin kenal dia. dia sangat baik... ceria..
dan aku baru tahu...
dia tak macam aku...
dia ada masalah kesihatan.. sakit..
patutlah muka dia kadang-kadang kurang ceria dan pucat...
dari situ, kami makin akrab.. dan paling indah, aku dapat rasakan inilah ukhuwah yang tiada berkepentingan dunia langsung. benar-benar fiLLaH... ukhuwah kerana-Nya.. dan aku benar-benar sayangkan dia.. semoga Allah selalu memberi ketenangan pada dia, memberi kesihatan dan kebahagiaan..amin.
adakalanya kami meluangkan masa bersama.. makan bersama, keluar bersama.. tapi kami bukan belangkas, bukan geng.. kami sahabat fiLLaH..
cuma sejak aku bertukar status, aku kerap balik kampung.. hujung minggu hilang. maka, susah untuk 'dating' dengan dia seperti dulu.. apapun, beberapa minggu yang lepas, kami ada luangkan masa bersama. aku berziarah ke biliknya di kolej keris mas... time tu aku puasa, dia tidak puasa. dia pun memasak juadah berbuka puasa untuk aku. aku ingat lagi, juadah sup ayam yg dia masak tu... sangat sedap biarpun ada tawar sedikit. huhu. dia asyik cakap, sup tu tak sedap. tapi, aku asyik cakap sup tu sedap...hihi..
sup tu memang tak sedap di lidahku, tapi sedap di hatiku. ^_^ aku dapat rasakan dia masak sup tu dengan penuh keikhlasan sebagai seeorang sahabat. jadi, tiada sebab untuk aku merungut. apa yang perlu aku buat ialah bersyukur...
dia juga sahabat yang temankan aku beli baju nikah dulu. dia pilihkan baju nikah tu. cantik. dia dah jadi macam 'mak-mak', dan berbakat juga sebagai perunding fesyen..huhu. dia memang istimewa, berbakat dalam pelbagai bidang..
dia juga banyak tegur aku. sebab aku ni jenis gelabah sikit & kurang berhati-hati 'kot'. tapi belum sampai kategori 'kalut' lagi. dia memang istimewa, sebab dia nampak kelemahan aku & terus beri teguran membina, tak cakap belakang... ^_^
em...
banyaak lagi tentang dia..
dia sahabat istimewa.. sahabat yang saya sayang.. entah bila pula kami akan bersua.. insyaAllah, pasti akan adaa pertemuan jika diizinkan Allah. jika bukan di sini, mungkin disana, di tempat yang lebih baik dan kekal abadi..
aku baru hanta SMS kepada dia..tapi dia x reply.. mungkin dia dah tidur. lagipun dah lewat. semoga Allah memelihara dia..





5 KalimaH Bermakna:
kisah yang menarik, amat sukar mencari walaupun seorang sahabat, syukurlah
alhamdulillah ^^
salam..
sesungguhnya..seorg sahabat yg saudari jumpa mmg sukar nk diperoleh sekarang..=)
wasalam..
alhamdulillah krn Allah izinkn sy bertemu dgn sahabat yang solehah..
hanya istimewa di mata yang teristimewa
Post a Comment