Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Thursday, December 31, 2009

:::PuJian : MemenGGaL KepaLa TemanMu:::

0 KalimaH Bermakna
~In The Name Of ALLaH~

Diriwayatkan dari Abu Bakrah r.a, dia berkata : seseorang memuji seorang lelaki berdekatan dengan Nabi SAW. Lantas Baginda bersabda ;

“‘Celakalah kamu, kamu telah memenggal leher temanmu, kamu telah memenggal leher temanmu berkali-kali!’ Lalu Baginda kembali bersabda ; ‘Apabila salah seorang daripada kamu harus memuji juga dan menurutnya memang demikianlah adanya, maka hendaklah ia katakana : ‘Setahuku dia itu begini dan begitu, namun hanya Allah lah yang mengetahui yang sebenarnya dan aku tidak mendahului Allah dalam memuji seseorang.’”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ari r.a, ia berkata : “Rasulullah SAW mendengar seseorang memuji seorang lelaki dan berlebihan dalam memujinya. Lalu Baginda bersabda : ‘kamu telah membinasakan – atau kamu telah memenggal- punggung lelaki itu.’”
(HR.Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Miqdad r.a, bahawasanya Rasulullah bersabda :
“Apabila kalian melihat orang-orang yang suka memuji maka lemparkan tanah ke wajahnya.”

Huraian Hadis :

---->Haram hukumnya memuji didepan orang yang dipuji kerana mungkin akan mengakibatkan munculnya perasaan bangga dan takjub dengan diri sendiri. Ini sifat yang dapat menghancurkan jiwa seorang hamba.
---->Jika seseorang terpaksa untuk memuji, maka hendaknya ia menyerahkan keadaan orang yang dipuji kepada Allah, sebab Allah lah yang menghisabnya dan mengetahui keadaan yang sebenarnya.
---->Memuji seseorang hendaklah dengan tujuan berbaik sangka, bukan untuk memastikan.

---->Larangan menetapkan pujian kepada para hamba Allah dengan pasti. Demikianlah juga terlarang sembarangan memuji seseorang yang tidak layak mendapat pujian tersebut.
---->Tidak boleh mendengar ucapan orang-orang yang suka memuji dan tidak boleh membalas mereka dengan pujian kecuali dengan melemparkan tanah ke wajah mereka.

sumber : ENSIKLOPEDIA LARANGAN menurut Al-Quran dan As-Sunnah, oleh Syaikh Salim bin 'Ied-Al-Hilali.

(“,)

Kita suka memuji bukan..? kita juga suka dipuji.. Pujian yang dimaksudkan disini adalah pujian yang berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan riak dan bangga diri orang yang dipuji.. dan, pujian kepada orang yang tidak layak menerima pujian..


Pujian yang berlebihan ..
Hebatnye awak ni, dah la pandai, cantik pulak tu…
Sepatutnya…
SubahaNaLLah, ALLah Maha Bijaksana, Dia memberi kita ilmu dan ALLah Maha Cantik, ALLah memperelok paras rupa kita, semoga kita mengamalkan ilmu dan tidak meyalahgunakan kecantikan.


Pujian yang berlebihan..
Kayanye Kau..dermawan pulak tu..
Sepatutnya…
SubhanaLLaH, ALLah Maha Kaya, Dia memberi harta agar kita hidup selesa dan dapat membantu orang lain, semoga istiqamah dalam membantu mereka yang memerlukan..

Pujian yang Tidak selayaknya..
Cantiknya Rambut ko nih..teknik rebonding lagi..macam2 kaler..
Sepatutnya..
AstaghfiruLLah, tidak sepatutnya kita mengubah ciptaan Allah… Sudah Allah jadikan rambut kita berwarna hitam, bersyukurlah, sesungguhnya pasti ada hikmah disebalik Allah menciptakan begitu.

Pujian yang tidak selayaknya..
Untungnya Kau ada boyfren.. ade orang sayang..! dah tu hari2 leh kuar dating..
Sepatutnya..
AstagfiruLLah, jagalah hati kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mencintai Allah. Jagalah maruah diri, sesungguhnya cinta yang hakiki itu hanya kepada Allah SWT..tiada aura yang lebih lazat, selain dari mencintai dan merindui Allah SWT.


Sebaiknya kita mengambil langkah ‘memberi semangat’ dan ‘menasihati’, jangan terlalu memuji, sedangkan kita teramatlah jahil tentang hakikat kedudukan ‘orang yang dipuji’ itu disisi ALLaH..

Kita memuji.. Kita membinasakan sahabat kita..
Kita memuji.. Kita menjatuhkan sahabat kita..
Kita memuji.. Kita adalah musuh ‘tidak rasmi’ bagi sahabat kita..



Berilah ‘kata-kata semangat’ dan iringkan bersama doa, agar sahabat kita terus bangkit dan bersemangat serta istiqamah dalam melakukan perkara-perkara baik dan meninggalkan perkara-perkara batil, juga sebagai tanda kita sayang pada sahabat kita..

Sayang sahabat semua..! ~_^


Wednesday, December 30, 2009

::: Azam : MatLamaT tidak MengHaLaLkan cara :::

2 KalimaH Bermakna


~In The Name Of ALLaH ~

sekadar gambar hiasan ~_^ ------>

Segala puji bagi ALLah Tuhan SekaLian ALam, Pemilik Agung aLam semesta.. Raja segala yang di Langit juga Raja seKalian yang ada di Bumi.. SubhaNaLLaH..

SeLawat dan salam juga tidak putus2 ke atas Muhammad RasuLuLLah SAW.. keluarga baginda, para sahabat serta semua muslimin dan muslimat yang sentiasa istiqamah meneruskan perjuangan baginda.. semoga sentiasa dikurniakan rahmat dan hidayah hingga ke hujung langkah perjuangan..

Kita baru sahaja memasuki tahun baru hijriah, dan kita masih berada di awal bulan Muharram. Tika ini pasti sahaja fikiran, perasaan, otot dan sendi kita tidak pernah berhenti berusaha mengejar matlamat untuk melunasi azam yang telahpun di ‘list’kan bagi tahun 1431 hijriah ini..

1431 nak sembahyang 5 waktu..!
1431 nak khatam al-Quran..!
1431 nak pakai tudung lah..!
1431 nak berhenti merokok..!
1431 nak jadi baik..!

semoga Berjaya..!!

Kini hadir pula tahun baru Masihi..2010..Alhamdulillah.. Setiap daripada kita akan me ‘list’ kan azam masing2 untuk tahun baru Masihi pulak..

2010 nak jadi kaye…!
2010 nak beli kereta besar..!
2010 nak beli rumah besar…!
2010 nak kuruskan badan..!
2010 nak bertambah cantik..!!
2010 nak kahwen..!

Alhamdulillah3x..

Pastikan kita bijak dalam berazam, kerana matlamat adalah mustahil akan menghalalkan segala cara.. yang haram tetap haram, dan yang halal juga tetap halal.. biarpun visi dan misi itu betul, namun jika cara yang digunakan untuk kita mencapai kepada misi itu adalah jalan kebatilan, maka ia tetap tidak ‘sah’ di sisi ALLaH.. oleh yang demikian pastikan langkah kita sentiasa terarah ‘Fi SabiLiLLaH’..

biar berliku, biar berdarah kaki, lutut dan siku..
biar payah,susah dan kadang2 jatuh tersungkur.. yang penting kita mendapat keredhaan ALLah… bak kata orang melayu..; ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.’ Syurga ALLaH itu bukan tempat ‘Murahan’, kita perlu mengerah seluruh tenaga dan jentera kehidupan dengan semaksimum mungkin untuk memasukinya.. Bak kata orang arab, ‘man jadda wa jadda, man kasala fashala’…


Ada orang ingin kaya..
tapi makan riba, telan rasuah, cekik darah..!

Ada orang ingin kereta besar..rumah besar..
Tapi guna duit haram, menang judi, kena Loteri..!

Ada orang ingin kurus lagi slim..dan bertambah cantik..
Bedah sana sini, susuk, jembalang, sihir dan ilmu hitam..!

Ada orang ingin Kahwen..
tapi hantaran berjuta-juta,kalah anak raja, lepas kahwen makan pasir dan batu bata..! *hehe*

jadi perbetulkan azam.. biar halal lagi afdhal, mencapai matlamat dengan cara yang betul.. semoga mumtaz fi dunya waL akhirah..!

SeLamat Tahun Baru..!


PemilLiHan PasaNgan : KesaN KePada ZuRiat..

1 KalimaH Bermakna

~In The Name Of ALLaH~





“pilihan pasangan mestilah tepat kerana akhlak anak-anak akan diwarisi dari ibu bapanya.”

Manusia di lahir di muka bumi ini dengan zahirnya yang sempurna. Namun perkembangan pembiakan manusiamewujudkan pelbagai bangsa, sikap, budaya dan pegangan. Budaya, sikap dan pegangan hidup manusia adalah hasil daripada usaha manusia yang dikurniakan oleh Allah iaitu jiwa, akal dan perasaan.

Pembentukan jiwa akal dan perasaan sebahagiannya dipengaruhi ketika bayi dalam kandungan dan sebahagian lagi dipengaruhi sejak penentuan pemilihan pasangan hidup. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW menasihatkan agar seseorang itu, sama ada lelaki atau wanita, memilih psgn yang baik untuk tempat simpanan dan memproses benih anak mereka.

Rasulullah SAW mengingatkan dengan sabdanya, bermaksud ;

“Pilihlah (pasangan) yang baik untuk tempat memproses nutfah (benih) kamu, kerana akhlak ibu dan bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis lain, Riwayat Ibnu ‘Adi dan Ibnu Asakir dari ‘Aisyah r.a.h secara marfu’, bermaksud ;

“Pilihlah yang terbaik untuk mengisi benih kamu, kerana wanita (isteri) itu akan melahirkan anak mirip saudaranya, baik lelaki atau wanita.”

Dalam al-Quran ALLah mengingatkan agar memilih pasangan yang baik. Surah an-Nur ayat 26, Allah berfirman maksudnya :

“Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.”

Secara tidak langsung, Allah memberi panduan agar seseorang itu memilih pasangan hidup yang baik sebagai usaha dan perancangan untuk melahirkan anak atau zuriat akan dating.

Berdasarkan dalil di atas, watak dan perwatakan anak-anak antaranya dipengaruhi oleh watak dan perwatakan ibu bapa, maka jelas sekali anjuran Allah agar seseorang lelaki atau wanita itu dipasangkan (dijodohkan) dengan pasangannya yang baik. Kerana daripada ibu atau bapa yang baik akan melahirkan anak yang baik pula.

Langkah yang terbaik untuk memilih pasangan hidup ialah dengan mengikut nasihat Rasulullah SAW, maksudnya ;

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana mungkin kecantikkannya boleh mencelakakan kamu. Jangan mengahwini wanita kerana hartanya, kerana mungkin dengan hartanya boleh menyebabkan dia sombong. Kahwinilah mereka kerana agama. Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yang hitam dan cuping telinganya lebar adalah lebih baik jika ia beragama.” (Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Sumber : Amalan Ibu Mengandung ;menurut al-Quran, as-Sunnah dan pengalaman.
Oleh Ustazah Siti NoR Bahyah MahaMood.

p/s ana :

*Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang soleh dan soleHah..
*ingat lah matlamat kita berkahwin kerana ALLaH.. bukan sekadar memenuhi fitrah kita semata-mata.. pastikan dengan perkahwinan itu, kita dpt melahirkan generasi yang taat kepada ALLah serta soleh dan solehah. ~_^
*Jangan memilih pasangan main 'tangkap muat' je..sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tak berguna..^_^
*Berdoalah semoga mendapat pasangan yang baik...

Monday, December 28, 2009

SikiT2 TeNTanG C.I.N.T.A

4 KalimaH Bermakna
In The Name Of ALLaH~~

SeGaLa PUJi Bagi ALLaH~~

SeLawaT dan SalaM Ke atas Nabi MuhaMMaD..

Cinta.. Cinta.. Cinta.. Mengapa kita suka bicara tentang Cinta..?

Dimana sahaja akan kita temui perkara-perkara berunsur cinta.. pasangan bercinta, novel cinta, wayang cinta, kisah cinta, motivasi cinta.dan pada pengalaman ana sendiri sebagai blogger, para penulis blog juga ramai yang cenderung untuk menulis tentang cinta.. ‘Blog Cinta’


“Tips Dicintai..”
“Tips Disayangi..”
“Tips menjadi Kekasih Setia..”
“Tips hubungan berkekalan..”

Pelbagai tips tentang cinta.. tidak kurang juga yang menulis tentang kisah cinta mereka.. meluahkan perasaan cinta dalam blog.. Bukan dib log sahaja..tapi juga cerita-cerita TV juga banyak berunsurkan cinta.(haha..semua nak jadi pakar cinta). Bak kata ayah ana, “malas tengok wayang Melayu sekarang, asyik2 cerita cinta.. cerita putus cinta.pastu sambung balik..”. Adakah situasi ini mengesahkan bahawa masyarakat kita memang amat berminat tentang ‘CinTa’..

Bicara tentang cinta itu tidaklah menjadi masalah..


‘Cinta itu Fitrah..’


Ana juga tidak menafikan tentang itu..namun yang menjadi persoalan adalah cara atau method dalam penyampaian ‘cinta’ itu kebanyakannya lari daripada adab-adab dan syariat yang telah digariskan dalam Islam.


Misalnya..


Drama-drama dan Filem2 cinta yang dipersembahkan pada tontonan umum di kaca-kaca TV (Di Malaysia).. mempunyai aksi-aksi yang kurang sopan..berpegangan tangan antara bukan Mahram, berpelukan dan pelbagai aksi yang menjengkelkan lagi.. Lakonan seperti ini bukan sahaja merosakkan akhlak remaja kita.. tapi juga turut mengelirukan dan merosakkan minda kanak-kanak.. Maka, tidak hairanlah jika pelajar-pelajar sekolah rendah zaman ini terlalu arif tentang cinta.. Setiap hari ada sahaja cerita cinta yang ditonton..


‘Kecik2 dah pandai bercinta..SMS sini..SMS sana..’

Kanak-kanak yang tidak tahu menilai.. tidak tahu membezakan yang buruk dan yang baik.. suka mencuba perkara baru yang mereka LIHAT, dan DENGAR..

inilaH bahana ‘PenyaLahGunaan CINTA’..
Lebih Bahaya dari ‘Penyalahgunaan DADAH’..

Tentang buku-buku cinTa..Novel Cinta.. Budak2 sekolah menengah, Suka membaca Novel cinta berbanding menelaah pelajaran. Lebih2 lagi pelajar perempuan.. Malah sehingga tidak mengendahkan proses pengajaran dan pembelajaran.. ‘Dia baca novel bawah Laci.. cikgu mengajar kat depan.. dia pulak asyik berkhayal ngan novel cinta..’ Novel cinta ini juga tidak lari dari menampilkan kisah-kisah romantic..juga mendorong pelajar ingin mencuba dan mengaplikasikan apa yang mereka baca.. Emmm…

Pasangan bercinta juga kita dapat lihat di merata-rata tempat.. di Kompleks membeli belah, di Taman2 Bunga, di Tepi2 JaLan Malah di tepi2 tangga juga ada pasangan bercinta.. keadaan ini juga mempengaruhi minda masyarakat..lebih2 lagi individu yang mudah terpengaruh.. terutama remaja kita, dan kanak2..

‘mase kecik2 nampak orang dating..biLa dah besar aku nak dating juga..’


Ini masalah kita…!

Masalah kita yang tidak habis baca kitab CINTA.. Tidak ingin Memahami RisaLah Pencipta CINTA.. Allah sudah memberi panduan untuk kita mengolah CINTA.. namun kita sering salah guna CINTA..

CINTA Kepada ALLah
CINTA Kepada RasuL
CINTA kepada IBU Bapa..
CINTA kepada UMMaH..
CINTA kepada KeCeMerLangan..


Cintakah kita pada 5 PeRkara ini…?

Jika Cinta 5 Perkara ini…………

PenGarah FiLem taKKan Buat FiLem melaYu berunsurKan cinta yang seakan-akan FiLem LuCah..!!! ---> pegang tangan juga Lucah !! Berdua-duaan juga Lucah..!! mendedahkan aurat di depan bukan Mahram juga Lucah..!! buatlah Filem or drama yang IsLamic..

Adik2 Sekola TaKKan menyoRok bawaH meja untuk BaCa NoveL cinta..


Abang2..KaKak taKKan DatInG..Jumpa Sana Jumpa sini.. Sayang sana Sayang Sini..!
……………….

Kerana telah sedia maklum matlamat CINTA yang hakiki..

Mengejar SinaR KasiH Abadi..

RedHa RaBBi..

Untuk keKal DidaKaP Cahaya CINTA aGunG ILaHi..
~_^

Sunday, December 27, 2009

MataKu MeliHaT KeJeLekan SiKap Manusia..!!

4 KalimaH Bermakna


~In The Name oF ALLaH~

SegaLa puji bagi ALLaH..Selawat dan Salam ke Atas Nabi MuhammaD..

Bicara ini bukan kemarahan atau kebencian..Tapi kerana terkilan dan kecewa.. Hari ini MataKu menyaksikan sandiwara dan kejelekan sikap manusia..!!!

Kisahnya begini..

Kejadian ini berlaku pada petang tadi.. sekitar pukul 4 petang hingga 5 petang.. tempat kejadian “Stesen Minyak SheLL”.. dekat ngan hentian Dengkil..(Kalo tak silapla..)..dalam perjalanan nak balik ke UKM. Masa kat stesen minyak tu, ana duduk dalam kereta je, tunggu kawan ana ni p bayar minyak kat kaunter. . ngah duduk2 tu ana pon tengok2 sekeliling..(hobi biasa)..memerhatikan sikap manusia.. dan kebetulan ana ternampak satu sketsa yang agak menyedihkan, mengecewakan dan menyayat hati sanubari.. Seorang budak perempuan, pada telahan ana dia mungkin berumur lingkungan 15-18 tahun.. ataupun lebih kurang dari itu. Gadis tu menyandang sebuah beg dan ditangannya ada buku resit dan beberapa keping VCD..ana sudah dapat mengagak ‘Misi dan Visi’ gadis tersebut.

Mangsa’ Pertama....

Dia berjalan perlahan mendekati seorang ‘pakcik’ yang sedang leka tuang minyak kat kereta dia..oleh kerana ana hanya memandang dari jauh, jadi ana tak tahu apa yang sedang diperkatakan oleh gadis tu kepada si ‘Pak cik’.. tp kemungkinan ayatnya.. ‘saya dari rumah anak-anak yatim ingin meminta sedikit sumbangan…bla..bla..bla..’..pandangan ana beralih pada si ‘pak cik’ nak tengok respon dial ah ni.. ‘pak cik’ tu tengok sekilas sahaja wajah gadis tersebut, dan terus membelakangi si gadis dengan sombongnya, senyum pon tak nak bagi..apatah lagi duit..!!

Mangsa’ ke-2.. Sepasang Kekasih yang sedang tuang minyak gak.. sebelah ngan ‘pak cik’ tadi.. ape yang terjadi, si Teruna yang ngah tengok makwenye tuang minyak terus menjauhkan diri apabila gadis itu mendekati, mungkin juga si teruna tu dah dpt agak hajat gadis malang tu.. si Dara yang ngah tuang minyak pulak terpinga-pinga, x dpt nak lari.. dia juga hanya memandang sekilas gadis tu & then terus membelakangi.. sama mcm tadi, tak nak juga bagi senyuman.. sombong..!!

‘Mangsa’ ke-3 .. ana beri nama ‘Tuan Besar’ ..sebab dia pakai kereta besar.. “Tuan besar” ni sama je penerimaan & responnya .. berpaling dengan sombong, tak endah langsung ngan gadis tu..

Selepas beberapa minit, kawan ana dah pon selesai isi minyak. Dia masuk sambil menunjukkan ana sekeping VCD dan resit.. ternyata gadis tadi memang dari rumah anak yatim. Lalu kawan ana pon berkata : “hari ni kan hari Asyura..tak salah kita menolong anak-anak yatim..” ana mengiyakan dan terus membuat refleksi tentang ‘sketsa’ yg ana tonton sebentar tadi..

Lihatlah betapa jelek dan menjengkelkan sikap manusia akhir zaman ni.. tiada perasaan kah..? atau hati itu sekeras batu..? hingga tiada langsung rasa belas, tiada rasa kasih melihat saudara seagama yang dalam kesusahan meminta pertolongan..

Oleh itu ana nak titipkan sedikit pesanan.. agar menjadi pengajaran..

Wahai ‘Pak ciK’..
Mengapa memalingkan wajah ketika melihat insan lain yang datang kepadamu meminta bantuan..? tidak kah Kau Kasihan melihat dirinya..? adakah takut hartamu akan berkurang jika memberikan dia sedikit bantuan..? Lihatlah dirimu, Kau sihat,Kau gagah, Kau Nampak bahagia..nampak ceria.. dan aku percaya kau hidup selesa.. Kau seperti menjadi lupa diri.. Allah yang memberi segalanya..mengapa enggan Kau kongsi bersama keceriaan dan kebahagiaanmu kepada anak2 yang ketandusan kasih sayang..? bukan banyak..cukup juga sekadar senyuman.. senyuman ikhlas yang dapat memberi sedikit kekuatan kepada mereka bagi meneruskan kehidupan.. Jika Kau berpaling..Kau menghina mereka.. Jika kau bermasam muka..Kau telah mengguris perasaan mereka.. tidakkah kau melihat dia seperti anak2 mu..? percayalah.. Kau akan dibantu jika kau membantu..

Wahai Teruna dan Dara…
Korang jangan berlagak tak Nampak..! nanti Allah butakan mata tu.. Jangan berlagak tak dengar..Nanti ALLah pekakkan telinga.! Nah! Baru Korang rasa betapa ALLah dah murka..knapa korang tak layan budak tu..? ape..??? korang takut kurang bajet nak pegi dating ke..? AstaghfiruLLah.. dia bukan minta 100ringgit..kalo korang bagi seringgit pon dia nak juga.. Kalo korang juz senyum dan berbual ngan dia pun, dia dah rasa cukup dihargai.. ape..? korang rase xde mase nak layan orang macam tu..? buang masa..? habis tu yang pegi dating seharian tu tak buang masa ke? Buang duit kat panggung wayang boleh..Jalan2..shopping.. masa dating seharian tu, makan nak 3 kali..pon boleh..banyak pulak duitnye.. nape nak tolong anak yatim sikit tak boleh..??

Wahai “Tuan Besar”
Besarnya kereta..! tapi hati kecik dan gelap..takde sinar..yang ada hanya malap.. Tuan besar..jangan pandang ‘kecil’ pada orang Lain.. nanti ALLah tarik nikmat.. ALLah tarik kereta besar tu..ALLah tarik kesenangan..ALLah amik balik seegala harta yang Tuan miliki.. apa yang tinggal..? beli basikal pon tak mampu..jalan kaki jawabnye.. Tuan tetap tuan jika memberi pertolongan.. bertambah besar lah Tuan.. Semoga Allah murahkan lagi rezeki..tapi, aku lihat Tuan bersikap jelek sekali.. sombong..bongkak..berlagak..! Tuan Nampak lebih kecil dari seekor VIRUS..! cukup terkenal..bernama besar..tapi tidak memberi manfaat..hanya sia2 dan tidak berperikemanusiaan..

Moralnya..jangan jadi seperti ‘Pak cik’, ‘Si Teruna dan Dara’ dan ‘Tuan besar’.. Jadilah Hamba Allah yang bermanfaat kepada orang lain dan selalu membantu insan lain yang memerlukan bantuan.. dan senyum sokmo! Senyum itu sedekah..

Saturday, December 26, 2009

:::Erti SyuKuR...:::

3 KalimaH Bermakna

~In The Name Of ALLaH~



Alhamdulillah..
Sentiasa melafazkan kesyukuran..puji2an pada-Nya.. Berapa kali dalam sehari kita melafazkan kalimah syukur..?? Berapa kali dalam 24 jam ini kita telah memuji-muji ALLah..?? Murnikah lafaz syukur itu..? Murnikah puji-pujian itu..? adakah benar tulus..telus hanya pada RaBB yang Maha Pemurah..?

Sebilangan daripada kita.. mendefinisikan syukur sebagai.. "Terima Kasih".. dan dalam konteks agama syukur adalah berterima kasih kepada Tuhan.. Bukan orang Islam sahaja yang tahu bersyukur, orang bukan Islam juga ada cara bersyukur tersendiri.. maka kita dapat lihat, naluri seorang manusia itu, naluri 'BerTuhan'.. dia percaya adanya Tuhan yang telah menciptakannya dan menghidupkannya..Lantas dia amat bersyukur dengan kurniaan hidup ini..

Namun sebagai seorang Islam syukur bukan sahaja kerana rasa 'BerTuhan',tapi kerana 'BerIman' dengan Agama yang HaQ lagi diredhai Allah.. kita harus benar2 mengerti apa yang tersembunyi disebalik lafaz syukur.. syukur bukan hanya lafaz "Alhamdulillah".. bukan setakat kita berkata .."aku bersyukur pada-Mu ya ALLaH".. itu tidak cukup jika dibandingkan dengan segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan oleh ALLah kepada kita.. Nikmat Allah tidaklah terkira, tidak mungkin dapat dibilang.. Nikmat itu bermula sejak kita di dalam Rahim ibu.. dimana, kita diletakkan di dalam Rahim seorang wanita yang beragama Islam.. dan Lahir kita sebagai seorang Islam..itulah nikmat terbesar yang diberikan kepada kita.. ALLaH memilih kita untuk menjadi orang beriman.. namun, kita sering terlupa dan jarang sekali bersyukur untuk itu.. berteleku sebentar diatas sejadah, merungkai tahmid..juga rasa terlalu berat dan payah..

Dari dalam rahim itu juga kita sudah mula diberikan hayat..nyawa..kita membesar.. adakah kita bersyukur tentang nikmat Allah yang Maha Besar itu...?? setiap saat pasti ada nikmat daripada Allah..Lihat sahaja apa yang ada pada tubuh kita..Fahamilah erti syukur dengan menggunakan nikmat yang diberi sebaik-sebaiknya..

~ALLah beri kita otak..Agar kita boleh berfikir..berfikir tentang ALLaH, berfikir tentang perkara kebaikan.. Bukan untuk berfikir perkara Mazmumah, berfikir untuk menjatuhkan orang lain dan sebagainya..~
~ALLah beri kita sepasang Mata yang cantik..Agar kita boleh melihat..melihat alam ini untuk kita menyaksikan Kekuatan dan Kebijaksanaan RaBB yg Agung.. Bukan untuk kita melihat perkara2 maksiat.~
~ALLah beri kita sepasang telinga.. Agar kita boleh mendengar..mendengar suara2 kebaikan dan teriakan2 perjuangan,agar kita sentiasa bangkit dan menjadi umat Islam yang gagah..Bukan untuk kita mendengar ajakan2 nafsu, yang akhirnya akan menenggelamkan kita diLautan kegagalan yang penuh kesengsaraan.~
~ALLah beri kita Mulut..Agar kita boleh berkata-kata..Berkata-kata yang benar, melontar bicara haq, melenyap bicara kebatilan..Bukan untuk bicara sia-sia dan mengadu domba.~

itu hanya beberapa nikmat yang ana sebutkan.. yang mana terdapat lagi pelbagai nikmat yang tidak mampu untuk ana perdetailkan satu persatu disini.. semoga iman kita dapat merasakan kehadiran dan keberadaan nikmat2 ALLah yang tidak terhingga itu..disamping mensyukuri tanpa menyalahgunakan sebarang nikmat..

Yang menjadi persoalannya..bukan berapa banyak nikmat ALLah, kerana sedia maklum, nikmat ALLah tidak terhitung banyaknya. Namun, persoalannya, cukupkah 'Syukur' kita pada nikmat-nikmat yang ALLah berikan.. ? sebenarnya tanda syukur yang kita tunjukkan itu terlalu sedikit.. Tahukah kita bagaimana cara bersyukur..?

Melihat pada diri kita yang terlalu ego dan bernafsu sarakah terhadap dunia ini(Na'uzubiLLaH).. seringkali kita lupa untuk bersyukur.. tidak tahu bagaimana untuk bersyukur.. Bukan hilang pedoman, bukan Jahil.. tetapi sengaja melupakan nikmat-nikmat yang ALLah berikan.. Buktinya.. kita tidak tahu untuk bersyukur.. Malas untuk bersyukur..tidak bersungguh dalam bersyukur..sombong dan bongkak berjalan di atas bumi Allah tanpa rasa rendah diri.. tidak menjaga solat..tidak berpuasa..tidak menutup aurat..tidak melakukan yang ma'ruf dan menjauhi yang mungkar..Lihat saja dunia hari ini, pelbagai kederhakaan kepada Allah kita dapat saksikan sendiri..manusia semakin Lupa erti syukur..

Syukur itu haruslah kita zahirkan dengan perbuatan..kita lafazkan dengan lidah dan kita rasakan dengan hati yang benar-benar ikhlas berterima kasih kepada ALLaH..
Dengan Perbuatan; kita sentiasa melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..
Dengan Perkataan : Lafazkanlah 'ALhamduLiLLaH' segala puji bagi ALLaH.. menjaga tutur kata.. dan biarlah setiap yang kita perkataan sentiasa menunjukkan kita rendah diri di hadapan ALLaH.. SeLalu berzikir dan bertasbih..
Dengan hati : hati sentiasa mengingati ALLah, tiada selain dari-Nya yg berada di takhta teratas dalam kerajaan hati kita..

cuba semak semula..sejauhmana kita Faham erti syukur..^_^






::Aku Tak KisaH Korang Tak Redha!!!:::

4 KalimaH Bermakna

~In The Name Of ALLaH~



Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, kepada-Nya kita memuji, memohon pertolongan kepada Zat yang Maha Esa, meminta keampunan dan memohon petunjuk-Nya. Memohon perlindungan kepada Allah dari segala keburukan diri dan keburukan amalan diri sendiri. Maka sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, nescaya tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan, tiada seorangpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa menikut sunnahnya sampai hari kiamat. ^_^

Banyak perbuatan dan perkataan yang kita lakukan dan lafazkan selama mana kita masih bernafas dan hidup dimuka bumi ini. Dalam masa yang sama, kita diperhatikan oleh Yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. Juga tidak ketinggalan perlakuan dan pertuturan kita juga turut dilihat oleh insan-insan disekeliling kita dalam sesetengah keadaan.

Oleh yang demikian, akan wujudlah situasi ada sesetengah orang yang tidak suka apa yang kita lakukan, ataupun mempertikaikan perlakuan atau pertuturan kita, walaupun apa yang kita 'buat dan cakap' itu adalah perkara baik dan benar. Hal ini selalu berlaku kepada orang yang 'berusaha melakukan kebaikan', pasti ada sahaja yang cuba memperlekehkan dan memperkatakan kebaikan yang dilakukan..

"Kenapa mesti pakai tudung labuh...?"
"Kenapa mesti pakai stoking..?"
"Kenapa mesti pakai jubah je...?"
"tak panas dan rimas ke?.."
"tak ikut perkembangan zaman..."
"tak pandai bergaya..."
""macam makcik2..."

--> Pakai tudung labuh sebab nak 'Redha ALLaH'.. tak kisah kalo korang tak redha.. Allah menyuruh kita melabuhkan hijab hingga menutup dada dan segala perhiasan yang ada pada seorang wanita, memakai pakaian yang tidak jarang dan tidak ketat.. ape..?? ALLah redha ke korang pakai tudung juz tutup kepala dan leher, kain jarang macam jala ikan..nampak batang leher..??

--> Pakai stoking sebab nak 'Redha Allah'.. tak kisah kalo korang tak redha.. Syariat telah menentukan, aurat wanita adalah seluruh anggota badan, kecuali tapak tangan dan muka.. ape..??? ade tak kaki tu termasuk dalam pengecualian bukan aurat..juz tapak tangan dan muka je kan.. ape..?? korang nak lawan hukum.?! korang ingat Allah redha ke korang tak pakai stoking..?!

--> Pakai jubah sebab nak 'redha Allah'..tak kisah kalo korang tak redha.. Allah perintahkan kita memakai pakaian yang bersopan, tidak nipis, tidak ketat, menutupi seluruh badan.. jangan pakai baju, tapi macam telanjang.! aku bukan minah tudung yang pakai baju & seluar ketat2..!! ape..?? korang ingat Allah redha korang pakai baju saiz adik kecik umor 5 tahun..?? pakai seluar ketat melekat kat punggung..?!

--> Biar Panas..Biar Rimas.. Yang penting 'redha ALLaH'..Tak kisah kalo korang tak redha.. Korang panas ke tengok aku macam ni..? Sesungguhnya Api neraka lebih panas lagi dari bahang haba kat dunia ni.. dunia hanya sementara panasnya.. biarlah aku panas kat sini, demi "aircond" selamanya kat sana.. aku tak rela bersejuk-sejuk disini, sedangkan disana hanya Allah yang tahu betapa panas azab api neraka.. lagipun, takde lah panas sangat pun.. tak hangus pun aku dek kepanasan menutup aurat ni.. ape..??? korang sejuk sangat ke..? atau suam2 kuku ..? aku tengok berpeluh juga..

--> Tak ikut perkembangan Zaman... yang penting 'Redha Allah'..tak kisah kalo korang tak redha.. tudung labuh dan jubah2 sekarang pon dah moden la, camana ko nak taw tentang perkembangan tu kalo korang asyik beli baju "budak2 kecik" je.. korang yang ketinggalan zaman.. ape..??? korang ingat korang maju sangat ke..? ikut fesyen barat yang ntah pape.. ape..?? korang ingat Allah redha ke korang pakai baju tak cukup kain jenama bla..bla..bla....ntah..aku pon xtaw.. hahaha (tiba2 rasa nak gelak sbb mmg tak taw jenama pe org slalu pakai..)

--> Tak pandai bergaya.. yang penting 'Redha Allah'..tak kisah kalo korang tak redha.. aku tak make-up muka, tak bersolek ko kata aku tak bergaya.. tak pakai kasut tinggi..tak pakai baju ketat2..ko cakap aku tak bergaya.. ape..??? ko ingat Allah redha ke ko pakai celak sejengkal, bedak sedepa, lipstik merah menyala,eyeshadow berlapis2 macam rainbow..? ape..? ko ingat Allah redha ke ko jalan bunyi tik..! tok..! tik..! tok..! ngan kasut tinggi..? !!

--> Biar macam makcik2.. yang penting 'redha Allah'.. tak kisah kalo korang tak redha.. aku tak nak pakai baju macam britney spears..macam Avril lavinge.. dorang tu orang bukan Islam, buat pe nak tiru macam dorang.. makcik2 kita pakai bersopan, mewarisi kesopanan dan kesantunan sepanjang zaman.. lagipun tak lari dari syariat Islam.. ape??.. korang ingat Allah redha ke korang macam britney...? ape2 je lah..


moralnya, biar ape pun yang diperkatakan dan dipertikaikan oleh orang sekeliling terhadap perkara baik yang kita lakukan, jangan jadikan alasan untuk kita tidak istiqamah.. Biarkan mereka tidak redha, yang penting Redha Allah selalu bersama kita..
^_^


Friday, December 25, 2009

:::PuAsa BuLaN MuHarram:::

1 KalimaH Bermakna
~In The Name Of ALLaH~




Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Puasa yang paling utama sesudah Ramadhan adalah Puasa di bulan Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat di malam hari.”
(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’I, dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah dating ke Madinah, lalu Baginda dapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu beliau bertanya : “Hari apa yang kamu lakukan puasa ini?”

Mereka menjawab : “Ini adalah hari yang baik, pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh-musuh mereka, lalu Musa berpuasa sebagai ungkapan syukur.” Lalu Baginda bersabda : “Aku yang lebih berhak dan lebih utama daripada kamu terhadap Musa.” Maka Rasulullah SAW berpuasa pada hari itu dan memerintahkan orang-orang agar berpuasa juga. (HR.Bukhari, Muslim, Abu Daud,Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)

Disunatkan juga puasa pada tanggal 9 Muharram untuk membezakan dari perbuatan orang Yahudi. Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah bersabda :
“Jika aku masih hidup sampai tahun depan tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Muharram).” (HR.Muslim, Abu DAud dan Ahmad)

Para Ulama telah sepakat bahawa puasa pada hari Asyura itu adalah sunat bukan wajib. Aisyah r.a meriwayatkan :
“Dahulu Rasulullah menyuruh berpuasa pada hari Asyura. Tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, maka sesiapa yang ingin berpuasa Asyura dia berpuasa dan siapa yang ingin berbuka maka dia boleh berbuka.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Malik, ad-Darimi, dan Ahmad)

Thursday, December 24, 2009

Makan dan MinuM IKuT SuNNaH RasuLuLLaH SAW

0 KalimaH Bermakna
In The Name of ALLah

Sebagai peringatan bagi yang Terlupa..^_^

....Makan ikut SuNNaH...

1. membaca Basmalah dan menggunakan tangan kanan.
Diriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah bahawa dia berkata : “Dahulu ketika masih kanak-kanak di bawah asuhan Rasulullah SAW, saya pernah menjulurkan tangan ke piring, maka Rasulullah SAW berkata kepada saya : “Wahai anak kecil, Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang dekat kepadamu.” Sejak itu cara makan saya selalu seperti itu.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Malik, ad-Darimi dan Ahmad)

2. tidak makan sambil bersandar.
Diriwayatkan dari Ali bin al-Aqmar, beliau berkata : “Aku pernah mendengar Abu Hanifah pernah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dalam keadaan bersandar.”
(HR. Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, ad-Darimi dan Ahmad)





3. makan dengan tiga jari.
Ibnu Ka’ab bin Malik meriwayatkan : “Rasulullah SAW makan dengan tiga jari, dan beliau menjilat tangan sebelum dibersihkan.”
(HR. Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ahmad)
Bukan bererti dilarang menggunakan alat Bantu makan seperti sudu dan garpu. Tidak ada pertentangan antara makan dengan tiga jari dan makan dengan sudu, sebab kedua keadaan ini boleh disatukan, iaitu dengan cara memegang sudu menggunakan tiga jari.

4. makanan yang jatuh.
Apabila ada makanan yang jatuh maka buanglah yang terkena kotoran, kemudian makan yang bersih.Ajarilah anak-anak kamu melakukan hal ini.Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW apabila telah selesai makan, beliau menjilat tiga jarinya (yang digunakan untuk makan). Beliau bersabda : “ Apabila sebahagian makanan salah seorang di antara kamu jatuh, maka buanglah bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang tidak kotor, dan janganlah biarkan makanan itu untuk syaitan.”
(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmizi, ad-Darimi dan Ahmad)

5. memuji Allah dan berdoa sesudah makan.
Diriwayatkan dari Abu Umamah bahawa apabila Rasulullah SAW selesai makan, baginda berdoa : “ Segala Puji yang banyak bagi Allah, pujian yang baik, Pujian yang deberkati, pujian yang tidak pernah cukup, yang tidak pernah ditinggalkan dan pujian yang tidak akan terlepas dari Tuhan kita.”
(HR. Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan ad-Darimi)

6. makan tidak berlebihan.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Orang kafir makan dengan tujuh usus, sedangkan orang mukmin makan dengan satu usus.”
(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)

Al-Miqdam bin Ma’di Karib al-Kindi meriwayatkan : “saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada bejana yang dipenuhi oleh Bani Adam yang lebih jahat daripada memenuhi perutnya. Cukuplah bagi Bani Adam beberapa suap kecil yang akan menegakkan tulang pinggangnya, jika dia mesti berbuat, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.”
(HR. Tirmizi dan Ahmad)

...........Minum Ikut SuNNaH.....


1. minum dengan tangan kanan..
diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda ;
“Apabila salah seorang diantara kamu makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, dan apabila dia minum maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, sebab syaitan itu minum dengan tangan kiri, dan makan dengan tangan kirinya.”
(HR.Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Malik dan Ahmad)

2. minum dalam keadaan duduk.
Namun anda juga boleh minum dalam keadaan berdiri.
Diriwayatkan dari Anas bahawa Nabi melarang minum dalam keadaan berdiri.
(HR.Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)
An-Nazzal meriwayatkan : “Ali r.a datang di pintu serambi lalu minum dalam keadaan berdiri, kemudian dia berkata ; ‘Sesungguhnya diantara manusia ada yang memakruhkan minum dalam keadaan berdiri, dan saya pernah melihat Rasulullah SAW melakukan seperti apa yang kamu lihat aku lakukan.’”
(HR.Bukhari, Abu Daud, Nasa’I dan Ahmad)

3. pelayan harus minum kemudian.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “sesungguhnya orang yang memberi minum adalah orang yang terakhir minum.”
(HR.Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)

4. menutup bekas atau bejana.
Diriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Apabila malam hampir tiba, maka tahanlah anak-anak kamu agar tidak berkeliaran, kerana pada masa itu syaitan berkeliaran. Apabila malam telah berlalu sebahagian, maka bebaskanlah mereka dan tutuplah/kuncilah pintu dengan menyebut nama Allah. Tutuplah semua tempat air kamu dengan menyebut nama Allah, tutuplah semua bejana kamu dengan menyebut nama Allah, walau dengan penutup apapun engkau letakkan di atasnya, serta padamkanlah lampu menjelang tidur.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Malik dan Ahmad.)

5. Jangan bernafas ke dalam bekas atau bejana.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Apabila salah seorang daripada kamu minum, maka jangan bernafas di dalam bejana, dan apabila masuk ke dalam jamban (tandas) maka janganlah dia menyentuh kemaluannya dengan tangan kanan, dan jangan cebok dengan tangan kanan.”
(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’I, ad-Darimi dan Ahmad)

6. menenggelamkan lalat dalam minuman.
Ubaid bin Hunain r.a mengatakan, “Aku pernah mendengar Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Apabila lalat jatuh pada bejana kamu, maka hendaklah menenggelamkan semuanya kemudian membuangnya, sebab pada salah satu sayapnya terdapat ubat dan pada sayap kedua terdapat penyakit.”
(HR. Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

7. berkumur-kumur setelah minum.
Kita disuruh berkumur-kumur setelah meminum minuman yang berlemak. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah meminum susu kemudian meminta air, lalu berkumur-kumur. Baginda bersabda ; “Sesungguhnya susu itu mengandungi lemak.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Ahmad)

bersama beramal dengan Sunnah Rasulullah SAW

Baginda Contoh Terbaik sebagai pedoman mentarbiyah Ummah.. ^_^

selamat beramal..


sumber : Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita, Oleh Syeikh Ahmad Jad..

KrisMas 1 Malaysia...?

0 KalimaH Bermakna
~In The Name Of ALLaH~

'Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia'.. itu satu ayat yang ana paling ingat, lafaz rutin yang sepertinya wajib dilafazkan oleh pemberita selepas menyampaikan berita.. bahkan, hari ini dimana-mana sahaja kita mendengar, melihat dan bercakap tentang 1 Malaysia.. oh Malaysiaku.. ^_^

beberapa perkara yang menjadi tanda tanya,
adakah setiap rakyat faham makna satu Malaysia..? atau hanya melaungkan '1 Malaysia !!' secara membabi buta..
adakah pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri di barisan kabinet kita itu semuanya memahami dan menghayati 1 Malaysia..?
atau hanya tahu bersuara dengan lantang.. ' Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'..?
adakah 1 Malaysia itu mengira kepentingan Islam sebagai agama rasmi negara..?
adakah 1 Malaysia hanya 1 ideologi semata-mata..sekadar untuk kepentingan politik..?
macam-macam persoalan tentang satu Malaysia..

ana bukan menentang satu Malaysia.. hanya melihat sedikit kepincangan dalam '1 Malaysia'.. di mana kedudukan Islam dalam satu Malaysia..? 1 Malaysia seperti sedikit demi sedikit mengetepikan halal dan haram dalam Islam.. contohnya 'Tarian 1 Malaysia' yang diadakan 6 Disember baru-baru ini. Dalam program Laghah seperti ini orang Islam juga digalakkan turut serta, menari dengan tarian yang tidak sepatutnya. Bukan itu yang dianjurkan Islam. Mengapa pemimpin kita tidak sensitif langsung dengan hukum Islam..? dan rakyat pula, seperti kerbau dicucuk hidung, tanpa menilai dari aspek agama menjerumuskan diri dalam program-program yang tidak mengikut landasan syarak..kononnya satu Malaysia.. adakah dasar-dasar satu Malaysia itu lebih hebat dari Perundangan Allah..?
tepuk dada, tanyalah Iman kita.. sebelum menepuk dada, pastikan iman kita itu mantap, takut2 kita menepuk dada.. nafsu pulak yang bersuara.. oleh itu, perkasakan iman agar kita sentiasa berada di atas landasan yang betul..




esok 25 disember.. seperti biasa masyarakat yang beragama Kristian menyambut Hari Krismas.. pasti ada sambutan Hari Krismas 1 Malaysia.. seperti tahun2 sebelumnya, Hari Raya Puasa, Tahun Baru China, Deepavali dan Hari Krismas ni disambut bersama-sama.. rumah terbuka sana sini untuk menyambut perayaan bersama.. ucapan selamat juga didengan dan dilihat di mana sahaja.. di radio .. di TV.. di Majalah.. 'SeLamat Hari Krismas' adakah boleh kita sebagai umat Islam mengucapkannya kepada orang Kristian.. adakah boleh kita menghadiri perayaan Krismas..? mungkin bagi dasar 1 Malaysia dibolehkan.. tapi ana berharap umat Islam tidak jahil tentang perkara ini. 1 Malaysia tidak menghalalkan segalanya..


Perayaan Krismas yang disambut golongan Kristian dan turut dimeriahkan oleh umat Islam masih sahaja boleh dilihat di mana-mana tempat di Malaysia. Kemalasan dan kejahilan umat Islam di dalam memahami hukum syarak telah menyaksikan saban tahun Krismas disambut mereka bersama golongan kuffar Kristian ini. Bahkan, hampir tidak ada perayaan Krismas yang dianjur besar-besaran yang tidak dihadiri oleh pemimpin Negara mahupun tokoh politik lainnya. Toleransi dan persatuan kerapkali dijadikan sebagai dalih oleh golongan ini bagi menyambut perayaan kaum kuffar ini. Keadaan semakin parah dan semakin celaru apabila ada sejumlah ’ulama’ atau ’tokoh Islam’ yang turut terlibat di dalamnya, malah mereka ‘mensahkan’ sikap tersebut dengan pelbagai dalil dan dalih yang telah disimpang-siurkan sedemikian rupa.


Haram Hadir dalam Perayaan Kufur

Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Sedangkan perayaan hari raya orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.

Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah swt;

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا (الفرقان 72

Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.

Menurut sebagian besar Mufassirin, makna kata al-zur (kepalsuan) di sini adalah syirik (Imam al-Syaukani, Fath al-Qadîr, juz 4, hal. 89). Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak, al-Rabi’ bin Anas, dan lainnya, memaknai al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays menafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor (Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346).

Sedangkan kata la yasyhaduna, menurut jumhur ulama’ bermakna la yahdhuruna al-zur, tidak menghadirinya (Imam al-Syaukani, Fath al-Qadîr, juz 4, hal. 89). Memang ada yang memahami ayat ini berkenaan dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Shahih dikatagorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, dari konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu, tidak menghadirinya.

Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahwa ‘mereka tidak menghadiri al-zur.’ Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melaluinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun (lihat Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346).

Berdasarkan ayat ini pula, banyak fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani. “ (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal.201).

Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan,

”Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal.201).

Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata,

“Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal. 201)

Imam Malik menyatakan,

“Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang musyrik atau kafir, atau memberikan sesuatu (hadiah), atau menjual sesuatu kepada mereka, atau naik kendaraan yang digunakan mereka untuk merayakan hari rayanya. Sedangkan memakan makanan yang disajikan kepada kita hukumnya makruh, baik yang dihantar oleh mereka atau mereka mengundang kita (kepadanya).” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal. 201).

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengatakan,

“Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka melakukan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu.” (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).

Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan,

“Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengengkari mereka, maka ahli ma’ruf itu aadalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jama’ah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murka-Nya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).

Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama Malikiyyah menyatakan,

“Mereka tidak (boleh) dibantu sedikit pun pada perayaan hari mereka. Sebab, tindakan (tersebut) merupakan penghormatan terhadap kemusyrikan mreka dan membantu kekufuran mereka. Dan seharusnya para penguasa melarang kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut. Ini adalah pendapat Imam Malik dan lainnya. Dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, juz 6 hal 110).

Pada masa-masa kejayaan Islam, pemerintahan Islam saat itu –sejak masa Rasulullah saw–, kaum Muslimin tidak diperbolehkan merayakan hari raya Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah saw datang ke Madinah, mereka (kuffar) memiliki dua hari raya yang mereka rayakan, beliau pun bersabda:

قَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

“Sungguh Allah swt telah mengganti dua hari itu dengan dua hari yang lebih baik daripada keduanya, yaitu Idul Adha dan Idul Fitri.” (HR. Abu Dawud dan al-Nasa’i dengan sanad yang shahih).

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad shahih dari ‘Atha’ bin Dinar, bahawa Umar ra pernah berkata,

لَا تَعَلَّمُوا رَطَانَةَ الْأَعَاجِمِ وَلَا تَدْخُلُوا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِي كَنَائِسِهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ فَإِنَّ السُّخْطَ يَنْزِلُ

عَلَيْهِمْ

“Janganlah kalian memempelajari bahasa-bahasa orang-orang Ajam. Janganlah kalian memasuki kaum Musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah swt akan turun kepada mereka pada hari itu.”

Umar bin al-Khaththtab ra juga mengatakan,

اجْتَنِبُوا أَعْدَاءَ اللَّهِ فِي عِيدِهِمْ

“Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”

Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Ditegaskan sekali lagi di sini bahawa melibatkan diri bermaksud apa jua aktiviti seperti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Dan adapun perayaan hari raya orang kafir di sini bermaksud seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.

Ucapan SelamaT Hari Krismas

Di antara kaum Msulimin, ada golongan yang membolehkan mengucapkan Selamat Hari Krismas kerana beristidlal dengan firman Allah SWT:

وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا

“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali” [TMQ Maryam (19):33].

Memanglah di dalam ayat ini disebutkan tentang keselamatan pada hari kelahiran Isa. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa hal ini tidak ada kaitannya langsung dengan ucapan Selamat Hari Krismas. Ia adalah dua hal yang berbeza. Ini kerana, Krismas atau Natal adalah perayaan golongan kuffar Kristian dalam rangka mereka memperingati kelahiran Yesus di Bethlehem sebagai Tuhan. Tetapi semenjak abad keempat Masehi, pesta atau perayaan natal telah ditetapkan pada tanggal 25 Disember, menggantikan perayaan Natalis Solis Invioti (kelahiran matahari yang tak terkalahkan).

Semua kaum Muslimin maklum bahawa keyakinan orang-orang kafir Kristian terhadap Isa as –yang mereka sebut sebagai Yesus– adalah sebagai Tuhan. Dan keyakinan ini menjadi salah satu penyebab kekufuran mereka. Banyak sekali ayat menegaskan hal ini, seperti firman Allah SWT,

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي

وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah Al Maseh putra Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Wahai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” [TMQ al-Maidah (5):72].

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ

الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih. Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Maidah (5):73-74].

Berdasarkan fakta ini, perayaan Krismas yang merupakan perayaan menyambut ‘kelahiran Tuhan’ merupakan sebuah kemungkaran besar. Sikap yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin terhadap pelakunya adalah menjelaskan kesesatan mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar (yakni) Islam. Bukannya malah mengucapkan selamat terhadap mereka. Tindakan mengucap selamat atau terlibat di dalam memeriahkan perayaan kuffar ini bermaksud sikap redha dan cenderung terhadap kemungkaran besar yang mereka lakukan. Padahal Allah SWT mengingatkan kita dengan nerakaNya,

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11):113].

Menurut Abu al-Aliyah, makna kata al-rukun dalam ayat ini adalah ‘redha’. Ertinya redha terhadap perbuatan orang-orang zhalim. Ibnu Abbas memaknainya sebagai al-mayl (cenderung). Sedangkan menurut al-Zamakhsyari, al-rukun tidak sekadar al-mayl, bahkan al-mayl al-yasir (kecenderungan ringan). Ini berarti, setiap Muslim wajib membebaskan dirinya dari kezaliman. Bukan menyertai kezaliman secara praktik, bahkan sekadar kecenderungan sedikit sahaja sudah tidak diperbolehkan.

Dengan ini, jelaslah bahawa haram hukumnya bagi kaum Muslimin terlibat dalam perayaan hari raya kaum kuffar, baik Musyrik maupun Ahli Kitab, baik Krismas atau Deepavali dan sebagainya. myKhilafah


Oleh itu, wahai saudara seagamaku.. janganlah diselimuti kejahilan.. kerana kejahilan itu menyebabkan diri kita ditimpa kesusahan dan kerugian di 'negeri yang kekal abadi'.. Jadilah Ummah yang mempunyai pendirian, sentiasa memperkasakan Iman dan membentuk diri menjadi ummah cemerlang, berjaya di dunia juga di akhirat.. ^_^

Tuesday, December 22, 2009

DiIntai MalaikaT mauT 360 Kali SeHarI

1 KalimaH Bermakna
~In The Name Of ALLaH~

Seorang sahabat nabi bernama Amru bin Al-Ash telah memberitahu anak perempuannya tentang saat kematian yg dihadapinya, dimana ketika itu beliau terlalu hampir saat kematiannya.

‘Amru bin Al-‘Ash berkata : Sesungguhnya di akhir saat kematianku, terasa olehku bahawa ter seperti terbaring diatas sekeping kayu yang keras, dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar, seolah-olah nafas itu tidak keluar dari rongga hidungku, sebaliknya keluar dari lubang jarum yang sempit. Serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, dimana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga kekepala dan diulang berkali-kali.

Kemudian Amru bin al-‘Ash pula sempat memberitahu anaknya tentang malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu, tapak kakinya berada di langit, ketinggiannya tidak dapat diukur lagi, sebaliknya setinggi mana langit maka setinggi itu malaikat maut itu. Oleh itu, malaikat maut melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan malaikat tersebut meneliti setiap penghuninya dengan sangat mudah.

Selain itu malaikat maut itu sentiasa menjenguk setiap manusia sebanyak 360 kali dalam sehari, sehingga malaikat maut itu sangat arif dan mengenali setiap insan. Kerana terlalu kenal itu menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan, seperti hendak mencabut nyawa seseorang tetapi tercabut nyawa seseorang yang lain pula.



Sayangnya manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sentiasa diintai oleh malaikat maut sebanyak 360 kali sehari, bererti hampir setiap 3 minit malaikat maut menjengah wajah setiap penghuni dunia. Masing-masing menunggu giliran untuk menemui kematian. Mati yang sering dilupakan akan datang pada bila2 masa.

Oleh yang demikian sedarlah akan diri kita, hanya makhluk yang kerdiL.. sedarlah bahawa setiap saat Allah memerhatikan kita.. seringkali kita diintai oleh malaikat maut.. setiap amalan baik dan buruk tidak terlepas dari catatan malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh ALLaH.. Janganlah beranggapan kita berseorangan ketika melakukan dosa, walau dalam gelap pekatnya malam, segala perbuatan kita pasti diperhatikan. dan jangan juga kita melakukan kebaikan kerana ingin dilihat orang, dan merasa rugi jika amalan kebaikan tidak diketahui orang, kerana Dia Maha Tahu.. Dia telah Menyaksikan apa yang kita lakukan. ^_^





Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template