Followers

BLOG KEDUA : KEDAIUMMUSOLEHAH

Thursday, January 26, 2012

Nikmat Allah yanG tidaK DidustaKan ^^

2 KalimaH Bermakna

Allah...

Hamba hina ini amat bersyukur dengan nikmat hidup dan peluang untuk memperbaiki iman yang diberikan. pasti kita masih beruntung andai peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin, dan kita jugalah yang rugi andai peluang yang ada disia-siakan. kata orang 'peluang datang sekali', namun sedarkah kita telah banyak peluang yang Allah beri sepanjang kehidupan ini, setiap hari Allah beri peluang, ketahuilah bahawa bahawa apabila kita terjaga dari tidur di waktu pagi, dan bernafas seperti biasa, itulah 'peluang'.. maka nikmat Allah yang mana lagi kita ingin dustakan?!

sudah banyak lorong, jalan dan persimpangan yang telah dilalui. terlalu banyak cerita hidup yang tak mampu dikisahkan. malah tidak mampu untuk difahami. aku temui pelbagai jenis orang, dan orang ini pastinya pelbagai ragam.

pasangan separuh abad di depan rumahku. makcik yang baik hati. pakcik juga baik hati. teringat aku, pertanyaan suamiku 7 bulan yang lalu,

'kenapa muka pakcik depan ni masam saja, jumpa di masjid pun tak bertegur sapa.'
'mungkin sebab tak kenal lagi'... kataku...
'mungkin muka dia memang macamtu'.. andainya lagi..

kami redha saja. dan aku terus berkawan baik dengan mak cik ^^

selepas beberapa bulan... satu hari aku ziarah rumah mereka. pak cik duduk di buaian depan rumahnya. dia nampak aku (aku terkejut sebab tak perasan pakcik ada disitu..)

'mak cik ade...?' tanyaku perlahan..

pakcik tak menjawab, cuma melambaikan-lambaikan tangan sebagai tanda memberi isyarat masuk. aku masuk, dalam keadaan berfikir. dalam telahanku... ' pak cik ada masalah pendengaran...' dan memang itulah hakikatnya, dan mungkin sebab itu pak cik kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling. dan aku pernah terdengar mak cik dan pak cik berbual , mak cik mengulang-ulang percakapannya 2 - 3 kali.

moralnya, teruslah berhubungan baik dengan semua orang, biarpun orang seperti tidak suka kepada kita. berbaik sangka juga kepada orang sekeliling kita, dan doakan semua orang jadi baik... dan bersyukur dengan nikmat pancaindera yang kita ada. mata, telinga, mulut dan anggota lainnya adalah pinjaman dari Allah. jika Dia mahu mengambilnya, kita tidak dapat menghalang. jadi, ketika nikmat2 ini masih elok, adalah lebih baik dipergunakan untuk kebaikan.

beberapa bulan lalu juga, aku diperkenalkan dengan beberapa orang isteri sahabat2 suamiku. mereka muda remaja. yang paling muda aku kenali brumur 17 tahun. mula2 bertemu aku hairan. umur 17 tahun, sudah ada anak 1, bila masa mereka kahwin.? tak sekolah ka? kebiasaannya umur 17 tahun ni budak2 sekolah sibuk baca buku untuk duduk SPM. tapi lain situasinya bagi beberapa orang ini, mereka menjadi isteri dan ibu pada usia ini. sangat mengujakan!!

bila aku selidiki, sebenarnya mereka belajar di madrasah. umur 16 tahun dah habis ngaji madrasah. so, dah habis belajar terus kawen ^^. wah, bestnya!

belajar di madrasah hafal quran, hadis dan belajar ilmu agama. tiada pergaulan bebas lelaki dan perempuan. aurat ditutup dengan sempurna, berjubah, tudung labuh, berniqab dan berpurdah... stokin tidak dilupa..^^ wah, indahnya!

bila habis belajar madrasah, pinangan berbaris-baris depan rumah sampai hujung kampung, hujung bandar dan kota ^^.. sebab apa? semua nak jadikan budak2 madrasah ini menantu mereka. biarpun tiada ijazah, tiada diploma atau UPSR, tapi al-Quran dan hadis yang sebati dalam jasad itulah paling mahal harganya..^^ perempuan inilah yang sebenarnya dapat melahirkan keluarga mahabbah dan penuh rahmah, serta melahirkan zuriat soleh dan solehah. in shaa Allah... ^^

dan dalam situasi yang lain. seorang budak perempuan. diberhentikan dari belajar di madrasah. disekolahkan di sekolah biasa, atas alasan di sekolah biasa ada masa depan, senang bekerja. kemudian menduduki PMR. result PMR sangat teruk. tudung yang dulunya labuh sekarang sudah dipendekkan beberapa cm. luluh hatiku melihatnya!

apakah yang ada pada budak ini sekarang. sekadar cantik wajah tidak menjamin 'kebahagiaan dunia dan akhirat'. aku bukan meramal masa depannya. tapi akibat meninggalkan 'agama' untuk 'dunia' itu yang aku takuti..

moralnya, perempuan baik untuk lelaki yang baik juga. ^^ jarang lelaki baik nakkan perempuan tak baik.. sebenarnya belajar di madrasah adalah tempat belajar yang terbaik, untuk mendidik 'hamba Allah' yang taat dan benar-benar ikhlas untuk agamanya. anak perempuan sebaik-baiknya duduk saja di madrasah, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. pembelajaran macam2 di sekolah biasa memeningkan kepala,sehingga mereka belajar Pendidikan Islam hanya untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan. ini tak aku nafikan, aku sekolah di SMKA yang juga terbaik, tapi bila melihat apa yang terjadi pada rakan seperjuanganku sekarang, seribu kekesalan, imej tidak seperti x-student sekolah agama. hakikatnya, Hidayah milik Allah. syukur, Allah masih jagai aku, tambahan pula kini aku 'dibimbing' oleh seorang suami yang soleh^^ seorang yang sentiasa perbaiki imannya ^^ seorang yang sentiasa perbaiki amalnya ^^ Allah, inilah nikmat.. semua nikmat Allah sikitpun tidak boleh didustakan... alhamdulillah...

.................................................................. bersambung ^^



Wednesday, November 16, 2011

KiTa HamBa Hina *

0 KalimaH Bermakna

Aku pernah merasa indahnya kejayaan,

Megahnya dihujani pujian dan sanjungan,

Dihormati serta dimuliai,

Namun semuanya telah berakhir,

Mungkin sesiapapun sudah lupa namaku,

Langsung aku tiada makna bagi mereka,

Hanya mungkin sekadar sejarah,

Yang boleh dibanggakan,

Atau juga pemacu semangat juang,

Tapi aku tetap bukan siapa-siapa,

Aku hanya sekadar kenangan,

Yang mungkin akan dilupakan,

Kerana apa yang aku miliki suatu ketika dahulu,

Kejayaan, kemegahan dan kemuliaan adalah pinjaman,

Amat sementara dan fana,

Kini tahkta itu milik siapa?

Allah telah pinjamkan kepada yang lain,

Untuk merasa betapa indahnya puncak itu,

Sungguh!

Ia amat hebat,

Amat membahagiakan,

Namun amat benar bahawa itulah pengajaran,

Allah mengambil milik-Nya,

Sebagai amaran pada hamba,

Bahawa semua yang diatas dunia adalah sementara,

Tiada yang kekal di atas,

Tiada terusan di bawah menangisi nasib malang,

Kerana Allah mahu kita sentiasa sedar,

Bahawa kita,

Adalah hamba yang tidak punya apa-apa,

Jika Allah tidak memberi kita apa-apa...

Maka sedarlah.. kita hamba hina.

|By : Ummu Solehah|

Tuesday, October 4, 2011

Mandi WajiB guNa 'shower | bagaimana ??

0 KalimaH Bermakna

Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan 'shower' bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?


Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.

Dah pakai shower, berdiri saja lah di bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap lapisan kulit di setiap anggota badan.

Yang 3 jirusan itu hanya untuk memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong atau cebok sahaja.


sumber : soleh.Net


Tuesday, September 13, 2011

aku buKan PENGANGGUR =.= HE

1 KalimaH Bermakna

assalamualaikum..

selamat hari raya, maaf zahir batin :)
alhamdulillah,
Allah masih memberi peluang untuk kita merasai nikmat iman dan hidup..
sedang dunia ini adalah penjara bg orang mukmin,
bahagia hanya sementara..
bahagia hakiki hanya di sisi-Nya..

ya Allah..
tak sedar aku dah menjadi suri rumah sepenuh masa yang amat berkaliber :)
tak sedar juga sudah 3 bulan lebih aku meninggalkan perbukitan ilmu itu,
oh UKM..
aku masih begini,
belum bekerja..
belum posting..
dengar khabar graduan fakulti pendidikan yang berlambak2 di malaysia ni masih tak dapat jawapan jelas dr KPM bila masa boleh posting..
haha* syukran yang amat KPM..
kerana kamu telah membuat beribu graduan fakulti pendidikan murka dan kecewa..

tapi, bagi aku takpa..
ini ujian..
perlu kesabaran dan ketabahan..
walaupun, bila di fikirkan ikut nafsu amarah,
titik peluh, penat lelah belajar 4 tahun tu hasilnya hanya duduk rumah???
sanggup tinggal mak ayah,
tinggal adik2..
tinggal atuk nenek..

sabar..sabar...sabar.. haha
bak kata en.zauj yang tercenta :)
bukan KPM yang tentukan rezeki kita,
kalau tak dapat posting sampai bila2 pun,
rezeki kita tetap ada..
setiap orang telah ditentukan rezeki oleh Allah..
betol..betol..betol..
en.zauj memang pandai melontarkan nasihat yang bernas dan sahih..

so, apa perlu dibimbangkan..
Allah Maha Kaya,
Allah Maha Penyayng..
takkan Dia biarkan kau mati kelaparan,
dan hidup melarat..
nasi yang kau makan hari2 tu pun dari Allah,
bukan dari sang petani,
atau sang penjual di kedai runcit atau mydin Mall..haha..
percaya tak???

jadi apa yang takut sangat kalau tak posting..
rileks2..
penat lelah kau belajar 4 tahun tu takpa..
ilmu agama yang kau dapat tu amat berharga,
kalau kau amal,
dan jadi darah daging,
insyaAllah selamat kau di akhirat sana.. :)

aku tak mau tipu,
aku pun sedang tunggu borang posting,
tapi tidaklah dengan sepenuh pengharapan..
kalau ada..ada lah..
kalau tiada.. takpelah..

kerana aku amat seronok,
kerana aku bukan penganggur..
hikmahnya,
aku sedang bekerja,
sebagai seorang isteri,
yang sejati,
inilah tempatku,
dirumah suamiku,
bukan diluar rumah..
ini kerjaku,
disini aku lebih terjaga,
maruahku lebih terpelihara,
inilah sebenarnya tugas seorang isteri..

coming soon ;P
*ulangtahun Perkahwinan 18.september*
*hari konvokesyen UKM 27hb.september.2011-hepykah??*

Tuesday, August 16, 2011

berubah***

0 KalimaH Bermakna

assalamualaikum..

kali ini saya bukan mahu menulis tentang tempahan,
tudung,
purdah,
atau niqab..
mereka sudah ada tempat khas,
jika mahu berurusan tentang itu, klik sini

terlalu lama tidak berkongsi sesuatu di sini.
insyaAllah,
sebelum terlambat, selamat berpuasa dan selamat beribadat dengan rakusnya :)
ini adalah bulan pahala durian runtuh,
semoga kita mampu mengumpul sebanyak-banyak pahala untuk bekal ke akhirat nanti,
takut2 ramadhan akan datang tidak sudi menunggu kita,
jadi, ramadhan kali ini adalah peluang,
14 hari lagi..

bagi ibu2, isteri2, anak2 dara dan mak2 dara,
bulan ini adalah bulan sibuk,
sibuk memasak kuih muih pelbagai jenis,
sibuk shopping,
sibuk tengok2 kain baju..
tengok2 kain tudung..
almaklumlah, nak raya..
hope tak lupa tanggungjawab kita kepada Allah..
solat jangan tinggal,
solat pada waktunya..jgn dilewatkan..
puasa tanpa solat tiada ertinya,
hanya dapat lapar, tapi tiada pahala.. :)

em, banyak ehwal telah berubah,
amat terasa di bulan puasa :)
ini adalah puasa pertama sebagai seorang isteri,
memang lain,
lagi2 waktu pgi2, semasa ingin bangun sahur..
bukan hanya bangun, kemudian makan..
kini, sudah berubah,
perlu bangun dengan payah,
perlu bergelumang dengan bau2 daging/ayam/ikan diwaktu pagi,
perlu memasak,
perlu menghidang..
oh, itulah sebenarnya isteri..
alhamdulillah, Allah telah izinkan diri ini untuk menjadi isteri yg mampu bangun masak sahur untuk family kecilku..
hanya aku dan kekasih hati ;)

teringat kisah semasa bujangan perawan..
mak tak kejut pun untuk masak..
dengar bunyi ktang! ktung! di dapur,
tapi kudrat tak menginzinkan untuk bangun dan membantu mak (kesian mak),
hanya mampu bangun bila mak kejut,
'bangun sahur...' (time ni suara mak garang..)
lepas sahur.. mak mesti kata..
'giliran kamu kemas dapur dan basuh pinggan ya..'
rupanya, mak juga ada taktik dan udang sebalik mee kuning!.. :P
hehe

lagi teruk jika di hostel,
bangun minum air jernih sahaja,
tanpa makan..
sebab tu, kalau puasa di hostel boleh jadi slim kering.. :)

tapi, bila sudah menjadi isteri,
tiada peluang untuk bermalasan..
larat, penat, pening.. pun kena bangun,
dan seperti lipas kudung buat kerja di dapur :P
alhamdulillah, tidak perlu masak yang pelik2,
sebab encik kekasih tidak cerewet..
apa yang dimasak, semua dimakan..

kami masih berdua..
itu sahaja yang belum berubah,
belum ada orang baru..
Allah telah atur begini jalan hidup kami,
perlu menunggu dan bersabar,
Allah Maha Bijaksana,
Dia tahu, buat masa ini, untuk kami 'berdua lebih baik',
apa yang penting, semakin hari semakin sayang..
dan semakin utuh pengharapan kepada Allah s.w.t..
kerana hanya Dia yang mampu memberi..
.titik.
Related Posts with Thumbnails

BORANG TEMPAHAN

NAMA
ALAMAT EMEL
NO.HP
ALAMAT RUMAH
TEMPAHAN

Click here to create your own form.
 

~:::UmMU $0LeH@H:::~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template